Subscribe News Feed Subscribe Comments

Sek Keb. Permas Jaya 1 ( Johor Bahru )

SK Permas Jaya 1 2009
SK Permas Jaya 1 2009

          Inilah sekolah dimana saya mula-mula mengajar iaitu Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 1 yang terletak di Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru, Johor. Sekolah ini dulunya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Plentong, mula beroperasi pada 20 Jun 1988. Sekolah ini mempunyai seramai 1670 orang murid dan 76 orang guru ( 1996 ) dan beroperasi dalam dua sesi iaitu pagi dan petang.

       Mula bertugas di SKPJ1 pada bulan Disember 1995 merupakan pengalaman yang tidak ternilai. Saya bertolak dari Pulau Pinang untuk melapor diri bersama rakan-rakan dengan menaiki bas ekspress. Pada masa itu saya rasa sudah berdikari tidak seperti budak-budak sekarang yang melapor diri bersama ibubapa masing-masing malah kadang-kadang mak cik dan pak cik pun datang sekali.Tiba  di Johor Bahru pada pukul 5.00 pagi berhampiran dengan stesen keretapi Johor Bahru. Kami menunggu di situ sehingga 8.00 pagi untuk mengambil motorsikal yang telah dipos terlebih dahulu. Kemudian kami menumpang di rumah kenalan di Skudai. Sehinggalah kami mendapat rumah sewa di Taman Johor Jaya.

      Sepanjang saya berada di SKPJ1 saya telah berkhidmat di bawah dua orang guru besar iaitu En Abd Rashid B. Haji Saidun dan Tuan Haji Jamale Bin Haji Paiman. Minat yang mendalam dalam bidang bola sepak telah mendorong saya melibatkan diri dalam melatih pasukan sekolah dan alhamdullilah berjaya menjadi johan pertandingan bawah 11 pada tahun 1999. Satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Selain itu saya juga telah dilantik menjadi pemimpin pasukan pengakap SKPJ1. Banyak  lagi pengalaman yang berharga saya perolehi sewaktu saya berkhidmat di Johor terutamanya di SKPJ1 yang telah membentuk dan mendisiplinkan diri saya sebagai seorang warga pendidik. Kenangan bersama-sama guru-guru di SKPJ1 merupakan satu kenangan yang tidak mungkin dilupakan. Adalah mustahil untuk saya menyebut semua nama mereka tetapi andaikata mereka membaca nukilan yang tak seberapa ni dan masih mengenali saya sudi-sudilah untuk menghubungngi saya.

 
SHAIFUL FAIRUZ Blog | TNB