Subscribe News Feed Subscribe Comments

DUNGU dan TOLOL

Cerita bermula apabila pengasuh anak menelefon awal pagi terpaksa balik ke kampung kerana ada kematian kelaurga terdekat. Maka isteri pun terpaksa menghantar sms kepada GBnya memohon cuti rehat khas. Kalau GB menolak, alamaknya terpaksalah bawa baby yang kecik tu ke sekolah. Anak aku lah yang akan jadi murid di awal usia baru nak mencecah setahun. Syukur ! SMS dari GB memahami dan membenarkan cuti rehat. Selesai..........??????

Bila isteri pergi ke sekolah selepas sambutan hari kemerdekaan, ada pula suara-suara sumbang yang mengatakan "kalau nak ambil cuti rehat, bagi tau awal-awal sikit !"

Apa ke halnya ?

Selepas ini sesiapa yang nak beranak bagi tau baby kat dalam perut tu supaya bagi tau tarikh yang tepat untuk beranak.
Emak nak minta cuti !

Sesiapa yang nak cuti sakit, kena bagi tau anggota badan yang nak sakit tu awal-awal.
Senang nak minta cuti.

Sesiapa yang ada urusan kematian. Bagitau awal-awal sebelum mati.
Senang nak minta cuti.

Sesiapa yang keretanya nak rosak tiba-tiba, bagi tau kereta warning awal-awal sikit
. Senang nak minta cuti.

Kalaulah anak tiba-tiba sakit. Bagitau anak, lain kali nak sakit bagi tau awal-awal.
Baru senang emak nak minta cuti.

Ni baru betul. Pekerjaan guru tetapi otak macam Si Dungu dan Si Tolol.
dia yang ambil cuti tiba-tiba, tak apa pulak.
Kalau dia cuti mc tiba-tiba, tak apa pulak.

Otak pun macam Si Dungu dan Si Tolol. Tambahan pulak dengan hati yang busuk dan pemegang PHD, maka jadilah manusia yang sentiasa memerhati keburukkan orang lain sedangkan kain sendiri dah hampir terlondeh hingga menampakkan kurap di badan.

Kesimpulannya begitulah manusia yang berhati busuk( Si Dungu dan Si Tolol )

ANTARA PEJUANG DAN PETUALANG


PEJUANG NEGARA


PETUALANG NEGARA

Semalam aku tengok tentang dokumentari tentang VAT69. Pasukan elit Pasukan Polis Hutan (PPH) 69 atau VAT 69 yang ditubuhkan pada 23 Oktober 1969 sangat ditakuti oleh komunis.Skuad ini telah digelar komunis sebagai ‘Lok Kow’ bermaksud 69 dan sangat digeruni kerana kehebatan mereka menjejak pengganas dan bertempur di hutan.

Bangga dan terharu melihat perjuangan anggota keselamatan kita yang sedia berkorban nyawa. Susah payah meredah hutan belantara, bertemankan unggas, bermandikan hujan, bergelumang tanah dalam memburu pengganas komunis.Untuk siapa ? Sudah tentu untuk rakyat Malaysia.


Kini kita hidup aman damai hasil perjuangan semua anggota keselamatan. Ada yang masih hidup dan ramai yang bersemadi sebagai wira negara. Pengorbanan yang mulia tiada tandingnya.


Hari ini......

Ada manusia sibuk dengan kekayaan dunia....

Ada manusia bergelumang rasuah sentiasa...
Ada manusia bergaduh sesama saudara....
Ada manusia kononnya berjuang atas agama.....
Ada manusia yang sibuk nak ke Putrajaya.......
Ada manusia kononnya juara semua.......
Ada manusia memfitnah berjela-jela.....

Inikah sumbangan dan penghargaan kita di atas perjuangan mereka yang menggadai nyawa untuk keamanan negara ?

Justifikasikanlah tindakan anda !

Adakah anda seorang PEJUANG atau anda seorang PETUALANG !
 
SHAIFUL FAIRUZ Blog | TNB