Subscribe News Feed Subscribe Comments

SEJARAH TERCIPTA DI SK LONG BOH

PASUKAN BOLA SEPAK SKLB 2013
Sejarah telah tercipta di SK Long Boh apabila pasukan bola sepak buat pertama kalinya berjaya layak ke peringkat separuh akhir sejak penubuhan SK Long Boh pada tahun 1960 an. Lebih manis lagi pasukan bola sepak ini berjaya mendapat tempat ketiga selepas tumpas kepada SK Sungai Baru dalam perlawanan separuh akhir yang berkesudahan SK Sungai Baru 2 dan SK Long Boh 1.

Bagi saya, sepanjang melatih pasukan bola sepak di SK Long Boh, pasukan ini merupakan pasukan terbaik yang mampu dilahirkan. Lebih-lebih lagi pasukan ini tewas dalam perlawanan persahabatan terakhir dengan SK Sungai Baru dengan jaringan 6 berbalas 1. Kekalahan tersebut seolah-olah kejutan untuk bangun apabila pasukan ini berjaya menjadi naib johan kumpulan dalam kejohanan bola sepak PKP Simpang Empat 2013. Saya juga amat berbangga apabila pasukan ini memberi tentangan yang amat sengit kepada pasukan SK Sungai Baru sebelum tewas 2-1 di peringkat separuh akhir.

Sejarah telah pun tercipta, untuk mengulanginya perlu banyak pengorbanan dari pemain dan juga jurulatih. Rasa dah semakin tua dan terlalu lama mengabadikan diri di padang. Walaupun hanya tempat ketiga namun dengan bilangan murid yang sedikit, ini adalah pencapaian yang terbaik bagi pasukan bola sepak sekolah ini. Saya berasa puas untuk menidakkan sebuah ungkapan yang diberi kepada saya sewaktu mula-mula melatih pasukan bola sepak ini iaitu " SK Long Boh tak akan menang sampai bila-bila pun !"  .

Nah ! sekarang makanlah balik kata-kata yang pernah diungkapkan tu.
Memanaskan badan sebelum perlawanan

Rehat semasa perlawanan separuh akhir.

Menerima hadiah tempat ketiga

Kapten SK Long Boh -pemain terbaik sepanjang kejohanan



 
SHAIFUL FAIRUZ Blog | TNB