Pada 23 April 2011, aku telah pergi melihat pertandingan kawad kaki daerah Nibong Tebal yang diadakan di SMKA Nibong Tebal. Rasanya masih teringin melihat pasukan kawad SKPTM bertanding kerana aku sendiri pernah membimbing mereka selama 3 tahun. Walaupun aku sudah tidak mengenal semua ahli pasukan kawad yang baru ini tetapi guru-gurunya masih yang sama iaitu Cikgu Mazilah, Cikgu Lina cikgu Shidi dan tidak lupa musuh tradisi kawad Kak Yon dari Sk Sg Acheh.
Dapat berjumpa dengan mereka memang mengembalikan asam garam dan sepak terajang dalam melatih pasukan kawad ini. Berkongsi pengalaman menjadi sesuatu yang wajib apabila kami bertemu walaupun aku kini sudah 3 tahun meninggalkan aktiviti melatih pasukan kawad. Sesekali melayan kenangan lama memang teruja, seakan-akan berada dalam suasana pertandingan.
Paling manis sekali pada hari itu, apabila aku menjejaki kaki ke SMKA Nibong Tebal, ada saja bekas-bekas murid SKPTM yang datang bertanya khabar dan menegur ku. Terutamanya mereka yang pernah dilatih oleh aku.Ada yang hampir aku tak kenal kerana sudah meningkat remaja malah yang tidak pernah aku ajar juga turut menegur aku. Inilah kelebihan menjadi seorang guru terutamanya guru kawad. Banyak pengalaman yang dikongsi bersama dan syukurlah kerana mereka masih berkawad dan mengikuti perkembangan kawad.
Kalau umur panjang berjumpa lagi kita.
Surat dari Masyarakat Burung kepada Datuk Bandar
-
Tuan Datuk Bandar,
kami masyarakat burung telah mengadakan mesyuarat agung
pada suatu pagi yang manis dan ranum
di atas bangunan parlimen yang kosong...
4 weeks ago