Subscribe News Feed Subscribe Comments

MENANTI DETIK DAN WAKTU


SK Long Boh, pada hari ini.


SK Long Boh pada hari itu.

SK Long Boh telah berubah wajah. Tersergam indah sebuah bangunan tiga tingkat di tengah-tengah kampung Long Boh telah menjadi satu mercu tanda bagi penduduk setempat. Budak-budak yang dulunya kehairanan bila pergi ke sekolah lain, kini akan mula merasa senang dan susahnya bersekolah di bangunan yang tinggi.

Namun begitu, warga SK Long Boh hanya dapat melihat sahaja bangunan itu ibarat kata orang " nak peluk tapi tangan tak sampai " kerana masih terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum boleh menduduki bangunan itu.

Kesimpulannya.......... tunggu !
Sampai bila ? Esok ? Lusa? Bulan depan ? Tengah tahun ?
Tunggu je la. Aktiviti tetap berjalan seperti biasa.

WANG BANTUAN DAN BANJIR 2010 DI PERLIS


Suasana menjadi semakin hangat !


Keadaan mula menjadi tidak terkawal !


Masih ramai yang menanti giliran.

Bantuan kepada mangsa banjir di Perlis telah diadakan di Dewan Residensi, Kangar Perlis. Aku adalah antara ribuan penduduk yang telah hadir untuk menerima bantuan dari kerajaan.

Sesuatu yang baik telah menjadi satu yang memalukan apabila ada yang mula bercakap kasar, ada yang mula memaki hamun, ada yang mula mencerca dan sebagainya.

Mengapa ?Pengurusan yang lemah dalam mengendalikan ribuan penduduk yang hadir adalah puncanya. Jika majlis penyampaian bantuan ini diadakan buat kali pertama mungkin boleh dimaafkan tetapi jika sudah dua atau tiga sesi majlis ini diadakan dan perkara yang sama masih berulang maka pihak pengurusan memang lemah. Itulah kenyataannya.

Selain itu sikap penduduk yang tidak menghormati orang lain adalah amat memualkan. Apabila bantuan disampaikan, berlaku tolak-menolak dan paling mengecewakan dan meruntun jiwa ialah semasa tolak-menolak berlaku itu, ada yang ketawa seolah-olah budak-budak kecil yang berebut gula-gula. Jika begitulah sikap ibu bapa, kita tidak harus terkejut dengan sikap biadap anak-anak kita pada masa ini. Mereka yang tidak mengalami musibah banjir ataupun menerima tempias juga turut bersama-sama berebut menerima bantuan.

Perasaan malu menebal sepanjang masa aku berada di situ. Malangnya aku tidak sempat merakam peristiwa yang berlaku kerana keadaan pada masa itu amat kelam-kabut.

Harap-harap banjir tidak akan datang lagi dalam masa yang terdekat atau mungkin buat selama-lamanya. Jika tidak peristiwa ini akan berulang kerana manusia akan hilang kemanusiaannya apabila wang menjadi taruhannya.

 
SHAIFUL FAIRUZ Blog | TNB