Subscribe News Feed Subscribe Comments

BERHARI RAYA DI MUKA BUMI YANG DITINDAS



Selamat Hari Raya buat semua umat Islam. Hari kejayaan selepas sebulan berpuasa menahan lapar, dahaga dan nafsu seorang manusia. Tiba masa untuk bergembira dengan baju baru, perhiasan baru, segala jenis juadah yang menyelerakan, bertemu sanak saudara dan sahabat-handai,bertanya khabar, bertepuk bahu, bersalaman memohon ampun dan menitis air mata keinsafan.

Tetapi, saudara kita sesama agama, berhari raya diacu senjata canggih yang membunuh manusia sekelip mata, berhari raya dengan kehilangan saudara dibunuh tentera Yahudi yang zalim, berhari raya bersama-sama bunyi letupan bom dan malang bersembahyang Hari Raya seperti penghuni penjara yang dikawal oleh tentera Yahudi durjana. Di tindas di tanah air sendiri.

Buat bangsaku, sempena hari raya ini, janganlah kita lupa, dan janganlah kita menjadi seperti bangsa Palestine yang menjadi bangsa yang ditindas di bumi sendiri. Biarpun berbeza pendapat, berbeza perjuangan, berbeza fahaman dan berbeza aliran apabila tiba masanya kita tetap satu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua !
 
SHAIFUL FAIRUZ Blog | TNB