Subscribe News Feed Subscribe Comments

TERIMA KASIH CIKGU

Cerita ini diambil oleh saya daripada blog Ar- Ruhul Jadid dengan tujuan untuk dikongsi bersama semua tentang pengorbanan seorang guru. Semoga cerita ini dapat dijadikan satu semangat untuk insan yang bergelar guru walau di mana saja anda berada. Kalau guru tu kaki ponteng kerja kena ambil iktibar daripada cerita ini he he he.

Suasana indah dan berkabus mengiringi perjalanan Adam sejauh 3 km ke sekolahnya. Mohd Naufal Adam seorang pelajar tingkatan 6 atas. Tahun ini dia akan menduduki peperiksaan STPM. Kerana kesempitan hidup memaksanya berkorban dan bersusah payah demi mengejar cita-citanya. Setiap hari Adam akan dimarahi guru kerana terlewat. Belum lagi kelas tamat Adam telah ponteng kelas dan balik kerumah. Perbuatannya ini menimbulkan kemarahan setiap guru disekolahnya.

Ustaz Azhar adalah seorang guru pendidikan Islam dan guru disiplin sekolah. Ustaz Azhar kenal benar dengan perangai Adam, walaupun Ustaz akui dia seorang pelajar yang baik, pandai mengaji Al-Quran, boleh menjadi Imam, dan dapat menyiapkan setiap kerja sekolah yang diberikan tetapi mengapa dia berkelakuan sedemikian. Ustaz Azhar berazam untuk membantu Adam menyelesaikan apa sahaja masalah beliau. Ustaz Azhar yang berada di dalam keretanya perlahan-lahan mengekori Adam yang berjalan kaki pulang ke rumah. Ustaz Azhar terkejut kerana Adam berjalan pulang kerumah sejauh 30 minit kesekolah adiknya dan 30 minit lagi ke rumahnya..

Sebelum sampai kerumah Adam singgah di sekolah rendah untuk mengambil adiknya dan mereka akan berjalan bersama-sama meredah terik matahari petang dan hujan kerana tinggal jauh di pedalaman. Kadang kala Adam akan mendokong adiknya yang baru darjah dua dibelakangnya manakala beg sekolahnya pula akan digantung dihadapan. Menitik air mata Ustaz Azhar melihat kelibat dua beradik itu dari jauh. Terasa sedih dihatinya melihat kesengsaraan Adam yang kuat menempuhi hidupnya yang sedemikian rupa.

Keesokkan harinya sewaktu di kelas Ustaz Azhar memanggil Adam, "Adam, petang ini setelah tamat persekolahan saya akan hantarkan kamu pulang..kamu tunggu saya di kereta ya.." "Tapi Ustaz…. Tidak mengapalah..saya boleh pulang sendiri.. kenapa pula Ustaz hendak menghantar saya pulang? Soal Adam terketar-ketar. "kenapa… salah ke seorang guru menghantar anak muridnya pulang..lagipun Adam, kebetulan saya lalu jalan itu hari ini.." jawab Ustaz Azhar tegas. "Baik..Ustaz". Jawab Adam sayu.

Tiba-tiba sewaktu didalam kereta Adam menangis, Ustaz Azhar terkejut lalu memberhentikan kenderaannya. " Eh! Kenapa dengan kamu ni Adam..kenapa kamu menangis..cakaplah dengan saya..jangan malu-malu kalau kamu ada masalah..cakap Adam..cakap". Kata Ustaz Azhar menunjukkan simpatinya. "Setiap hari pada waktu rehat saya akan bekerja di kantin sekolah untuk mendapatkan dua bungkus nasi dan dua ketul kuih. Satu nasi untuk ibu saya dan satu lagi untuk adik saya". Kata Adam sambil mengelap air matanya.

"kalau begitu?....kamu makan apa Adam..? soal Ustaz Azhar kehairanan. Adam tersenyum sambil menjawab "untuk saya…beberapa ketul kuih sudah memadai ustaz..". "Kerana itu saya pulang awal setiap hari untuk menjemput adik saya..satu hari tanpa makanan…dia mesti lapar Ustaz..". sambung Adam lagi melihat gurunya itu tekun mendengar masalah yang ditanggungnya.

Tangisan Adam sudah terhenti..namun air mata lelaki Ustaz Azhar pula membasahi di pipi.. "Maafkan saya Adam. Saya tidak berniat untuk buat awak bersedih, dan saya tidak sangka kehidupan awak begitu daif sekali. "Adam….izinkanlah saya membantu awak Adam..pihak sekolah juga akan membantu awak dalam masalah ini. Awak jangan risau lagi..Cuma berjanjilah Adam..belajar rajin dan bersungguh-sungguh demi STPM awak ini.

Saya janji saya akan menolong awak". Kata Ustaz Azhar sambil memeluk bahu Adam. Adam menganggukkan kepalanya tanda setuju. Mungkin sudah tiba masa dia berkongsi masalahnya dengan insan lain supaya tidak menanggung beban yang berat sendiri. Sekurang-kurangnya masalahnya tidak membebani otaknya yang akan bertempur demi cita-citanya.

Bangun pagi seawal jam 5 Adam bersiap-siap untuk kesekolah, buka sahaja pintu rumahnya yang uzur itu Adam ternganga kehairanan. Sebuah basikal baru siap berikat reben terletak dihadapan rumahnya. Adam dengan perasaan ingin tahu terus mendapatkan basikal tersebut dan di reben itu terletak sekeping nota.. " Assalamualaikum, Adam..belajar bersungguh-sungguh ..saya sentiasa menyokong kamu". Adam tersenyum dia tahu pemberian itu dari Ustaz Azhar. Adam begitu gembira sekali menghantar adiknya kesekolah dan memecut laju ke sekolahnya. Dalam hatinya tidak sabar-sabar hendak berjumpa dengan Ustaz Azhar untuk mengucapkan terima kasihnya kepada beliau.

Setelah puas Adam mencari di satu sekolah namun Ustaz Azhar tidak juga ditemuinya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk ke Bilik Guru. Adam dimaklumkan bahawa Cikgu Azhar terlibat dalam kemalangan sejurus dia keluar dari simpang rumah Adam setelah dia menghantar basikal hadiah pemberiannya kepada Adam. Seperti tahu dia akan pergi, Ustaz Azhar telah meninggalkan pesan kepada guru besar agar memberikan duit belanja pada setiap bulan sebanyak 200 ringgit buat Adam dan adiknya. Duit itu adalah hadiah yang paling bermakna buat Adam sehingga dia menamatkan persekolahan tingkatan 6. Akhirnya Adam berjaya. Alhamdullillah, jasa Ustaz Azhar tidak sia-sia.

Adam mengelap air mata yang jatuh berguguran dan tersenyum "setiap kali perhimpunan kamu akan mendengar cerita yang sama pada setiap pagi sebelum ini ..pasti kamu semua dah bosan mendengarnya.." kata Adam cuba menyembunyikan lagi air matanya yang berguguran. Adam mendengar tepukan yang kuat sekali dari semua murid-murid sekolahnya itu. Salah seorang murid bersuara "Tidak Cikgu, kami tidak pernah bosan mendengarnya.. kami pun ingin menjadi seperti cikgu.. cikgu seorang yang bersemangat kental..kami bangga dengan cikgu.." kata murid-muridnya.

Mohd Naufal Adam kini adalah Guru Besar di sekolah tempat dia bersekolah dahulu. "saya tidak pernah sempat untuk mengucapkan terima kasih pada Ustaz Azhar…saya masih lagi kecewa sehingga kini.." kata Adam sayu ketika itu dia sedang memberi ucapan sempena perasmian Hari Guru di sekolahnya. Wakil pelajar bersuara.

"Sebenarnya kami semua yang patut berterima kasih kepada guru Cikgu Adam. Kerananya Cikgu ada disini disamping kami dan membantu kami semua untuk berjaya. Ustaz Azhar..terima kasih..Cikgu Adam terima kasih, juga kepada semua guru-guru..terima kasih.. terima kasih di atas segala-galanya. Pengorbanan dan jasamu tiada galang gantinya. Sebelum semua murid-murid menyerahkan bunga mawar merah kepada guru-guru tercinta.

Terima kasih Cikgu, kenangan terindah bersamamu..

sumber : http://pengetahuandankeindahanislam.blogspot.com/2011/03/pengorbanan-seorang-insan-bergelar.html

IT IS TIME TO CELEBRATE

It is time to celebrate ! To be happy and enjoy ! And maybe the celebration keep on going for all of us !

HARIMAU MENGAUM DI GELORA BUNG KARNO

Harimau Muda mengaum di Gelora Bung Karno lagi dan buat kali kedua Sang Garuda menyembah ke bumi. Mungkin itulah satu-satunya peristiwa yang tepat untuk dijadikan pengajaran buat sebilangan besar penyokong Indonesia yang fanatik dan kurang ajar terhadap atlet-atlet Malaysia. Sikap pegawai-pegawai yang bertugas jelas menunjukkan tidak profesionalnya dan terbukti selepas kemenangan Malaysia di perlawanan akhir, terdapat cubaan untuk membuat ujian dadah ke atas pemain Malaysia.

Apapun Harimau membuktikan bukan sahaja boleh mengaum di Tanah Melayu tetapi di Indonesia juga Harimau telah mengaum sebanyak dua kali. Dua kali kekalahan yang menusuk ke jantung garuda di gelanggang sendiri yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh penyokong fanatik Indonesia buat selama-lamanya.

Tahniah buat pemain Harimau Muda ! Juara Sukan Sea 2011 !




Harimau Muda - Juara Sukan Sea 2011.



Jaringan kemenangan daripada Baddrol kapten Malaysia.

Saksikan Jaringan Kemenangan Pasukan Malaysia

Jaringan penyamaan yang terbaik daripada Asra.

"SELAMAT HARI LAHIR YANG KEDUA ANAKKU"



Siap tunjuk tanda "good". Mesti sedap.



Ibu dan kakak-kakak sedang berposing.



Dah kenyang. Kita tangkap gambar la pulak.



Anakku yang bongsu.



Nak sikit ? Tak boleh ! Ni adik punya !

SELAMAT BERSARA BUAT KAK SAL

Hari ini seorang guru telah bersara dari perkhidmatannya. Beliau adalah seorang pentadbir yang cekap dan amat berdedikasi kepada tugas-tugasnya sebagai penolong kanan pentadbiran. Persaraannya merupakan satu kehilangan yang akan dirasai oleh dunia pendidikan yang benar-benar amat memerlukan pentadbir-pentadbir yang cekap, berdedikasi dan berwibawa dalam memacu kejayaan sesebuah sekolah.

Beliau adalah semua yang disebut di atas. Kejayaan beliau bersama guru-guru yang cemerlang telah meletakkan Sekolah Permatang Tok Mahat antara sekolah yang gemilang di Pulau Pinang. Jika ramai pentadbir-pentadbir sepertinya dan disokong oleh guru-guru yang cemerlang, maka banyaklah sekolah yang akan menjadi sekolah gemilang dan terbilang.

Sebagai renungan dan kesimpulan dari apa yang saya pelajari daripada beliau, guru dan pentadbir mestilah bersama-sama memainkan peranan dalam menjelmakan kejayaan sesebuah sekolah. Kelemahan pentadbiran walaupun terdapat guru-guru yang cemerlang atau pentadbir yang cemerlang tetapi guru bermasalah merupakan satu resepi yang tidak akan menjadi. Inikan pula jika pentadbir dan guru-guru sesama bermasalah maka rosaklah masa depan anak bangsa kita.

Semoga apa yang telah ditunjukkan oleh beliau akan menjadi teladan dan ikutan kepada sesiapa yang pernah berkhidmat bersamanya.

Akhir kata, Terima kasih Kak Sal atas tunjuk ajar yang telah diberikan semasa saya berada di SKPTM dan jasa Kak Sal akan saya kenang sehingga ke akhir hayat.

Selamat bersara dan dikurniakan kesihatan selalu
.

KETURUNAN SI KITUL DAN RAJA MENDELIAR



Sungguh tak ku sangka, dalam hayatku ini akhirnya aku bertemu jua dengan keturunan Si Kitul dan Raja Mendeliar. Setahu aku Si Kitul dan Raja Mendeliar keturunan keling tetapi Mat Sabu ni keturunan Melayu. Mungkin jiwanya sama, cita-citanya sama, hasad dengkinya sama, perasaan sama, mimpinya sama, niatnya sama walaupun zamannya berbeza. Semakin hampir kita untuk menyambut Hari Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan, semakin kita dikejutkan oleh Si Kitul zaman moden ini.

" Ya Alllah,. lindungilah mereka yang berjuang terhadap agama dan bangsa mereka tanpa mengira parti politik dan Ya Allah, kau humbankanlah dia yang mengkhianati agama dan bangsanya ke dalam neraka jahanam. Amin !"

SINGAPURA - NO FAIR PLAY




Raddy The Best Director For SingaPURA Movie Team. " Look at his face and see how shock he is when they won !"

Melihat perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Bukit Jalil memang menyakitkan hati. Ingatkan dapat melihat satu perlawanan yang menarik. Malaysia akan menyerang dan Singapura akan cuba mempertahankan kelebihan jaringan mereka.

Sayang sekali, pemain-pemain import Singapura berlakon sepanjang perlawanan. Kena sikit ja terus cedera. Yang tak kena pun boleh cedera. Pelik kan ? Pengadil pula membiarkan lakonan ini berterusan sehingga ke akhir. Apa guna FIFA menggunakan logo Fair Play ? Terang-terang No Fair Play daripada Singapura. Phua Chu Kang pun pandai " don't pray-pray ".

Persoalan tentang taktik Singapura ?
1. Berapa banyak masa terbuang konon-konon nak merawat mereka yang berlakon cedera.

2. Momentum serangan dan permainan Malaysia sering terbantut kerana pelakon terkenal Singapura.

3. Berapa banyak masa rehat diperolehi untuk kuda-kuda tua Singapura bila berlakon cedera.

4. Jurulatih luar negeri memang amal taktik macam ni ka ?

5. Bukankah pemain yang berpura-pura boleh diambil tindakan oleh pengadil ? Pasal apa pengadil macam membiarkan ja ?

6. Ya terakhir ! Dah tak da taktik lain ka ?


Kesimpulannya memang tak ada Fair Play.FIFA kena buat sesuatu untuk memastikan sesetengah pasukan dari teraniaya dengan taktik kotor ini. Kalau tidak lain kalil bawalah bendera No Fair Play

KARNIVAL DI TAMAN BUKIT KAYA

Karnival Rukun Tetangga Jalan Bukit Lagi / Bukit Kaya telah diadakan pada 24 Julai 2011. Acara sukaneka bermula pada jam 8.30 pagi hingga ke pukul 12.30 tengah hari. Pada sebelah malam pula diadakan Jamuan Perpaduan bagi meraikan semua penduduk dalam kawasan rukun tetangga tersebut. Syukur di atas sambutan yang mengalakkan dari semua pihak.



Pelbagai juadah disediakan.



Kena bertugas sebagai jawatankuasa pertandingan la pulak !



Pemeriksaan kesihatan percuma turut diadakan.



Perlawanan congkak ternyata sengit hingga ke akhir.



Pemenang sedang menerima hadiah.

Jika ingin melihat lebih lanjut, anda boleh lawati laman berikut :
http://krttamanbukitkaya.blogspot.com

KECEWA KERANA BOLA



Semalam aku rasa macam nak jadi HULK. Boleh naik hijau seluruh badan ni. Apa taknya ! tunggu berhari-hari nak tengok Arsenal lawan Harimau Malaya , akhirnya kecewa. Satu saluran pun tak siarkan. Kalau TV free macam TV1 TV3 dan lain-lain tak siar bolehlah buat tak kisah. Ni ASTRO yang berbayar pun tak siar.

Yang menghairankan dan pelik pulak tu, Liverpool lawan kelab Cina boleh siar LIVE.Women world cup boleh siar. Copa Amerika Selatan boleh siar. Yang main di Malaysia boleh tak siar. Ni kes tak masuk akal ni. Kalau aku jadi HULK boleh roboh bangunan ASTRO tu !!!!!!!

Sampai satu ketika bila dapat berita Harimau Malaya kalah 4-0, terkeluar la kata-kata "padan muka". Bukan bermaksud pada pemain dan pasukan Harimau Malaya tetapi pada SESIAPA yang BENGAP kerana tak menyiarkan secara langsung perlawanan tu. Ramai yang kecewa BUKAN kerana kekalahan Harimau Malaya tetapi SAMDOL yang tak menyiarkan perlawanan tu.

Buat pemain dan pasukan HARIMAU MALAYA selamat berjuang menentang LIVERPOOL sabtu ni. Tentang siaran langsung? Aku tak berharap dah kerana TV negara kita ni memang tak boleh harap.

MANA KAUM TIAN CHUA DAN LIM KIT SIANG ?

Perhimpunan Bersih sudah berlalu. Macam hujan atau ribut, aku pasti Bersih pasti akan datang lagi kerana selagi ada manusia yang mengejar kuasa dan pandai bersandiwara, perkara ini tidak akan ada titik tamatnya.

Cuma yang menghairankan aku.....kalau inilah perhimpunan rakyat Malaysia seperti yang diperjuangkan dan dikatakan oleh pemimpin Bersih ( NGO dan Pakatan Rakyat), mana pergi kaum Tian Chua dan Lim Kit Siang. Setakat yang ada tu boleh dibilang dengan jari. Setakat nak bagi cukup syarat konon-kononnya semua rakyat menyokong sedangkan kaum Tian Chua , Ngeh Kam Ho dan Lim Kit Siang lebih selesa di rumah, menonton TV. Lagi selamat !


Hadi Awang tak nampak ka ? Tuan Guru tak lihat ka ? Salahudin Ayub tak terfikir ? Siapa yang menunggang kuda dan siapa yang jadi kudanya ?

Bukannya aku menyokong mana-mana pihak. Jauh sekali perkauman tetapi aku ada mata dan ada akal fikiran. Melaka pernah dijajah, Tanah Melayu pernah dijajah dan mungkin satu hari kita juga akan dijajah sekali lagi. Palestine sehingga hari ini masih dijajah kerana sikap bangsanya.

Tanah Tumpahnya Darahku !



Nilah barisan pemimpin Bersih. Ada la nampak muka Lim Kit Siang tu.


Orang Melayu !


Melayu ka ni ?


Orang Melayu !


Student Melayu !


Bapa dan Tok Wan Melayu !


Banyaknya orang Melayu !


Orang-orang Melayu.

Kursus Pendedahan Modul Jurulatih 1 Murid 1 Sukan

Guru-guru seluruh Perlis telah menghadiri kursus pendedahan modul permainan 1 Murid 1 Sukan selama 2 hari bermula pada 24 Jun hingga 25 Jun 2011 yang telah diadakan di SMK Syed Hassan. Sesi kali ini melibatkan 3 jenis permainan iaitu bola sepak, bola jaring dan olahraga.


Masing-masing cuba tunjuk skill yang terpendam.


Kumpulan olahraga sedang mendalami teknik dan taktik.


Pelajar sekolah sedang buat demo.

SKPTM DALAM MAJALAH 3



Pada 14 Mei 2011, tercatat dalam sejarahnya sendiri, Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat telah dipaparkan dalam segmen Majalah 3 sempena Hari Guru pada 16 Mei 2011.

Aku rasa amat bangga sebagai seorang guru kerana penat lelah tugas seorang guru mendapat perhatian dan diarkan untuk tontonan seluruh negara. Tambahan pula aku sendiri pernah bertugas di SKPTM pada tahun 2006 hingglah 2008. Banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan semasa berada di sana.

Melihat wajah-wajah rakan di kaca televisyen, mengembalikan kenangan bersama. Doa aku agar SKPTM akan terus gemilang dan cemerlang sampai bila-bila.

Tahniah untuk semua warga SKPTM dan Selamat Hari Guru !


Pasukan kawad SKPTM dalam Majalah 3.


Cikgu Mazilah, guru yang mula-mula membentuk pasukan kawad SKPTM.


Inilah gambar Cikgu Shanti dari SKPTM.


Cikgu Ahmad Rashidi jurulatih pasukan kawad SKPTM yang berwibawa.

DI SEBALIK TABIR PERTANDINGAN KAWAD KAKI DAERAH NIBONG TEBAL

Pada 23 April 2011, aku telah pergi melihat pertandingan kawad kaki daerah Nibong Tebal yang diadakan di SMKA Nibong Tebal. Rasanya masih teringin melihat pasukan kawad SKPTM bertanding kerana aku sendiri pernah membimbing mereka selama 3 tahun. Walaupun aku sudah tidak mengenal semua ahli pasukan kawad yang baru ini tetapi guru-gurunya masih yang sama iaitu Cikgu Mazilah, Cikgu Lina cikgu Shidi dan tidak lupa musuh tradisi kawad Kak Yon dari Sk Sg Acheh.

Dapat berjumpa dengan mereka memang mengembalikan asam garam dan sepak terajang dalam melatih pasukan kawad ini. Berkongsi pengalaman menjadi sesuatu yang wajib apabila kami bertemu walaupun aku kini sudah 3 tahun meninggalkan aktiviti melatih pasukan kawad. Sesekali melayan kenangan lama memang teruja, seakan-akan berada dalam suasana pertandingan.

Paling manis sekali pada hari itu, apabila aku menjejaki kaki ke SMKA Nibong Tebal, ada saja bekas-bekas murid SKPTM yang datang bertanya khabar dan menegur ku. Terutamanya mereka yang pernah dilatih oleh aku.Ada yang hampir aku tak kenal kerana sudah meningkat remaja malah yang tidak pernah aku ajar juga turut menegur aku. Inilah kelebihan menjadi seorang guru terutamanya guru kawad. Banyak pengalaman yang dikongsi bersama dan syukurlah kerana mereka masih berkawad dan mengikuti perkembangan kawad.

Kalau umur panjang berjumpa lagi kita.

SITUASI BANJIR DI PERLIS PADA 31 MAC 2011

Inilah situasi terkini banjir di Perlis. Walaupun cuaca semakin pulih namun air di kawasan Kangar mengalami sedikit peningkatan.

Keadaan pada pukul 8.00 pagi (31 Mac 2011)

Air sungai telah melimpah ke jalan-jalan raya.


Jalan utama dalam Pekan Kangar turut ditengelami air.


Air memenuhi jalan-jalan.


Air di roundabout Taman Bukit Kaya semakin dalam dan amat berbahaya kepada kenderaan ringan.

BANJIR KALI KEDUA DI PERLIS

Lebih kurang 4 bulan berlalu, Perlis dilanda banjir sekali lagi. Beberapa tempat telah dinaiki air dan menyebabkan penduduk yang terlibat terpaksa berpindah ke pusat pemindahan yang disediakan. Banjir yang berlaku dikatakan berpunca daripada hujan yang berterusan. Namun begitu sebagai manusia kita boleh mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengelakkan atau mengurangkan kesan kemusnahan akibat banjir.

Kerajaan negeri Perlis yang sedia ada didapati tidak mengambil apa-apa langkah yang positif walaupun Perlis telah dilanda banjir besar 4 bulan yang lalu. Maka setiap kali hujan, rakyat Perlis mula dilanda kebimbangan akan bencana banjir.

Gambar ini diambil pada pukul 5.00 hingga 6.00 petang ( 30.3.2011)


Gambar roundabout dekat Taman Bukit Kaya


Keadaan banjir di Pasar Raya Ten Ten


Sungai yang melalui Pekan Kangar.


Air hampir melimpahi ke tebing.

Cikgu Ketam di Perlis

Ini adalah keburukkan seorang manusia yang bergelar guru. Bercerita tentang seorang guru yang lain ibarat membuka pekung di dada sendiri. Menyembunyikan sikap guru ini ibarat membiarkan api di dalam sekam.

Bila berkata-kata umpama orang tinggi ilmunya tapi tingkah lakunya macam orang cetek mindanya.

Meminta orang lain mengamalkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan, menasihati orang lain akan perhubungan sesama islam, menyuruh orang bertolak ansur dan banyak lagi. Tinggi sungguh peribadi orang macam ni. Orang yang tinggi peribadi ni juga la yang suka mengumpat orang lain dalam bilik guru, orang ni juga la yang suka mengata orang lain, orang ni juga suka membuat fitnah dan orang ni juga yang tak bertolak ansur.

Ilmu apa yang diajar ni ? Tak bertegur sapa sesama islam tu berdosa. Memfitnah orang tak pula berdosa. Bukan macam ketam lagi dah. Memang ketam sebenar-benarnya. Ajar orang lain berjalan lurus tapi sendiri dah macam Yahudi mabuk ( petikan filem P.Ramlee).

Hairan bin ajaib. Yang lain tau juga perangai cikgu ni. Dari yang atas sampailah ke yang bawah. Semuanya macam menghalalkan pula apa yang dibuat. Tu yang lebih-lebih tu. Bukannya tak tau sejarah cikgu ni. Ramai dah bercerita. Orang yang perangai tak elok pasti ada sejarah yang tak elok. Kita tunggu dan lihat. Kita tunggu lihat dan bertindak

. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Genggam bara api biar sampai menjadi arang.

M & N Yang Meleleh Dari Dalam Mulut


Gambar M & N sedang mengumpat sakan. ( Gambar hiasan ja. Nanti kita letak gambar betul )

Ini kisah tentang M & N sekolah aku. Jangan silap bukan coklat M &M tau tapi M & N la.Manusia macam ni memang banyak dan berada di mana-mana. Ibarat kata pepatah Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata buat tak tau. Apa yang orang lain buat semuanya tak betul dan kesudahannya dengan penuh semangat mengumpat dan orang lain yang jadi mangsa.

Aku tak mau mengumpat atau mengata. Aku hanya ingin bercakap tentang fakta.
Masa mengajar dah sikit tapi masih juga nak jaga masa mengajar orang lain.
Kalau dia tak puas hati, diam-diam berjumpa pentadbir sekolah. Pi menghasut.
Orang lain bercakap terang-terang, dia baling batu sembunyi tangan.
Jawatan sikit pun masih tak puas hati. Masih dengki kat orang lain.
Kalau dia berkira tak pa. Kalau kita berkira macam nak pecah satu sekolah bercerita.
Kalau kita tak tolong dia bising. Kalau kita tak ditolong buat tak tau ja.
Kalau dari segi pakaian tu macam muslimah tapi perangai macam Israel. ( Opps ! dah teremosi ni )
Fikirlah sendiri wahai pembaca. Kalau anda berada di tempat saya. Apa yang anda akan lakukan.
Buat masa ni, semuanya ibarat satu sandiwara yang kadang-kadang melucukan. Dah tak larat nak ketawa.
Mungkin perlu bertindak dengan lebih tegas kut ?
Tapi nanti kata tak gentelmen pulak.
Moga Tuhan tunjukkan jalannya.

MENANTI DETIK DAN WAKTU


SK Long Boh, pada hari ini.


SK Long Boh pada hari itu.

SK Long Boh telah berubah wajah. Tersergam indah sebuah bangunan tiga tingkat di tengah-tengah kampung Long Boh telah menjadi satu mercu tanda bagi penduduk setempat. Budak-budak yang dulunya kehairanan bila pergi ke sekolah lain, kini akan mula merasa senang dan susahnya bersekolah di bangunan yang tinggi.

Namun begitu, warga SK Long Boh hanya dapat melihat sahaja bangunan itu ibarat kata orang " nak peluk tapi tangan tak sampai " kerana masih terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum boleh menduduki bangunan itu.

Kesimpulannya.......... tunggu !
Sampai bila ? Esok ? Lusa? Bulan depan ? Tengah tahun ?
Tunggu je la. Aktiviti tetap berjalan seperti biasa.
 
SHAIFUL FAIRUZ Blog | TNB