Kerosakan dalam sesebuah masyarakat atau organisasi sering terjadi disebabkan wujudnya segelintir manusia yang mempunyai sikap yang tidak elok. Jika tubuh badan kita diibaratkan seperti sesebuah masyarakat atau organisasi maka jerawat, ketumbuhan dan kanserlah yang akan merosakkan diri kita.
Jerawat ini ketara kesannya kerana mudah untuk dilihat dan selalunya jerawat ini berada di muka. Manusia yang macam jerawat juga suka melakukan perbuatan yang merosakkan secara terang-terangan atau secara terbuka. Dia takpernah ambil tahu akan perasaan orang di sekeliling kecuali dirinya. Macam jerawat, dia tak kira kat mana nak keluar, dia keluat tetapi jerawat senang nak dihapuskan atau dibuang kerana resmi manusia memang cepat bertindak kalau benda tak elok tu nampak.
Jenis ketumbuhan ni pula, dia tak ketara sangat macam jerawat tetapi kita boleh nampak perbuatannya tu. Kita tahu perbuatannya tu merosakkan tetapi taklah sampai nak hapus terus. Macam ketumbuhan pada badan dan tersembunyi di tempat-tempat tertentu. Kita tahu tapi tak berani nak buang walaupun kita tahu ketumbuhan ni tak elok. Kalau dah terpaksa baru kita buang kan !
Tetapi yang paling bahaya ialah kanser. Orang macam kanser ni kita tak sedar perbuatannya kerana dia tak pernah tunjuk. Dia buat secara diam-diam dan secara terhormat. Macam kanser, kita tak nampak dan kita tak tau pun ada kanser. Bila dapat tau, memang dah terlambat kerana kanser bila dah merebak memang boleh menyebabkan kematian. Sama juga dengan orang macam kanser ni perbuatan secara senyap akan menyebabkan kemusnahan secara diam. Lebih kurang macam api dalam sekam. Kita lihat mengapa Palestine tak pernah aman ? Yahudi lah yang menjadi kanser kepada dunia Arab. Orang macam tu memang ada di sekeliling kita dan kadang-kadang kita tak sedar kerana orang macam ni memang pandai memainkan wataknya. Macam kanser, kita selalunya tak sedar hanya apabila sudah terlambat.
Renung-renungkanlah orang di sekeliling anda. Adakah mereka jerawat, ketumbuhan atau kanser ? Adakah anda juga dalam kategori jerawat, ketumbuhan atau kanser ? Kalau Ya ? Cepat-cepatlah berubah sebelum anda dikeluarkan daripada tubuh badan ini. Kalau tidak ? Tahniah ! Teruskanlah hidup anda dalam memastikan kesihatan tubuh badan terjamin.