Subscribe News Feed Subscribe Comments

Hebatnya Pokok itu......

Kalau aku boleh menjadi seperti pokok itu membalas dengan buah walau dibaling dengan batu.........adakah aku mampu memberi kebaikan setelah diri ini dikhianati, dicerca atau dihina.......moga Allah tetapkan hati hambaMU ini...

Nak kata apa lagi........


MAJLIS PERSARAAN ENCIK KAMARUDIN ABDULLAH

Pada 23 Mei 2013 telah diadakan Majlis Persaraan untuk Encik Kamarudin Abdullah, PK Ko, SK Long Boh. Saya mula berkhidmat sebagai SU Sukan pada 2012 dan Encik Kamarudin sentiasa memberikan kerjasama yang baik semasa menjalankan tugas beliau. Saya ingin mengucapkan selamat bersara kepada beliau dan semoga dikurniakan kesejahteraan selalu.

Bersama Cikgu Din di pejabat sekolah.

Bersama Ustaz Diazzudin sedang menunggu jamuan disediakan.

Cikgu Kamarudin Abdullah

Ketibaan Cikgu Din disambut dengan meriah.

Acara menanam pokok sebagai kenang-kenangan

SAMBUTAN HARI GURU 2013

Sambutan hari guru di SK Long Boh telah diadakan pada 21 Mei 2013 kerana minggu sebelum itu telah diadakan peperiksaan pertengahan tahun. Pelbagai program telah dijalankan dan syukur semua yang dirancang telah berjalan dengan lancar.

Membetulkan skrip pengacara majlis

Perlawanan Bola Tampar yang dimenangi oleh Guru 4 Series and above.

SEJARAH TERCIPTA DI SK LONG BOH

PASUKAN BOLA SEPAK SKLB 2013
Sejarah telah tercipta di SK Long Boh apabila pasukan bola sepak buat pertama kalinya berjaya layak ke peringkat separuh akhir sejak penubuhan SK Long Boh pada tahun 1960 an. Lebih manis lagi pasukan bola sepak ini berjaya mendapat tempat ketiga selepas tumpas kepada SK Sungai Baru dalam perlawanan separuh akhir yang berkesudahan SK Sungai Baru 2 dan SK Long Boh 1.

Bagi saya, sepanjang melatih pasukan bola sepak di SK Long Boh, pasukan ini merupakan pasukan terbaik yang mampu dilahirkan. Lebih-lebih lagi pasukan ini tewas dalam perlawanan persahabatan terakhir dengan SK Sungai Baru dengan jaringan 6 berbalas 1. Kekalahan tersebut seolah-olah kejutan untuk bangun apabila pasukan ini berjaya menjadi naib johan kumpulan dalam kejohanan bola sepak PKP Simpang Empat 2013. Saya juga amat berbangga apabila pasukan ini memberi tentangan yang amat sengit kepada pasukan SK Sungai Baru sebelum tewas 2-1 di peringkat separuh akhir.

Sejarah telah pun tercipta, untuk mengulanginya perlu banyak pengorbanan dari pemain dan juga jurulatih. Rasa dah semakin tua dan terlalu lama mengabadikan diri di padang. Walaupun hanya tempat ketiga namun dengan bilangan murid yang sedikit, ini adalah pencapaian yang terbaik bagi pasukan bola sepak sekolah ini. Saya berasa puas untuk menidakkan sebuah ungkapan yang diberi kepada saya sewaktu mula-mula melatih pasukan bola sepak ini iaitu " SK Long Boh tak akan menang sampai bila-bila pun !"  .

Nah ! sekarang makanlah balik kata-kata yang pernah diungkapkan tu.
Memanaskan badan sebelum perlawanan

Rehat semasa perlawanan separuh akhir.

Menerima hadiah tempat ketiga

Kapten SK Long Boh -pemain terbaik sepanjang kejohanan



SAHABAT DAN KAWAN

Sahabat
Sahabat ialah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki sebarang hubungan darah.

Sahabat ialah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Dia akan sentiasa melindungi kita.

Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi dia akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat ialah orang yang membuatkan kita berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab dia adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat ialah orang yang sangat menyayangi kita.

Sahabat  adalah penjaga, pelindung dan semangatnya akan sentiasa ada bersama kita.


Kawan
Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.

 Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.


Aku ingin menjadi sahabat yang sebenarnya. Andai aku menjadi kawan, biar aku menjadi kawan seperti sahabat. Tak semua orang mampu menjadi sahabat dan tak semua kawan aku mampu menjadi sahabat. Aku harap aku tidak tersilap memilih sahabat dan juga kawan.
 
SHAIFUL FAIRUZ Blog | TNB