Subscribe News Feed Subscribe Comments

SAHABAT DAN KAWAN

Sahabat
Sahabat ialah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki sebarang hubungan darah.

Sahabat ialah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Dia akan sentiasa melindungi kita.

Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi dia akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat ialah orang yang membuatkan kita berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab dia adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat ialah orang yang sangat menyayangi kita.

Sahabat  adalah penjaga, pelindung dan semangatnya akan sentiasa ada bersama kita.


Kawan
Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.

 Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.


Aku ingin menjadi sahabat yang sebenarnya. Andai aku menjadi kawan, biar aku menjadi kawan seperti sahabat. Tak semua orang mampu menjadi sahabat dan tak semua kawan aku mampu menjadi sahabat. Aku harap aku tidak tersilap memilih sahabat dan juga kawan.
 
SHAIFUL FAIRUZ Blog | TNB