Sahabat
Sahabat ialah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri
kita, tetapi tidak memiliki sebarang hubungan darah.
Sahabat ialah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita
berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan
kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah
orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Dia akan sentiasa
melindungi kita.
Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan
kita, tetapi dia akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya.
Sahabat ialah orang yang membuatkan kita berasa selamat apabila mereka ada
bersama-sama, sebab dia adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat ialah orang yang sangat menyayangi kita.
Sahabat adalah penjaga, pelindung dan semangatnya akan sentiasa ada bersama kita.
Kawan
Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti
minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari
organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan
kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.
Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka
selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya
tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.
Aku ingin menjadi sahabat yang sebenarnya. Andai aku menjadi kawan, biar aku menjadi kawan seperti sahabat. Tak semua orang mampu menjadi sahabat dan tak semua kawan aku mampu menjadi sahabat. Aku harap aku tidak tersilap memilih sahabat dan juga kawan.
Surat dari Masyarakat Burung kepada Datuk Bandar
-
Tuan Datuk Bandar,
kami masyarakat burung telah mengadakan mesyuarat agung
pada suatu pagi yang manis dan ranum
di atas bangunan parlimen yang kosong...
4 weeks ago