Siap tunjuk tanda "good". Mesti sedap.
Ibu dan kakak-kakak sedang berposing.
Dah kenyang. Kita tangkap gambar la pulak.
Anakku yang bongsu.
Nak sikit ? Tak boleh ! Ni adik punya !
Email : shaiful72@gmail.com
|
|
Saya mula bertugas sebagai warga pendidik pada tahun 1995 di SK Permas Jaya 1 ( Johor Bahru ) sehinggalah pada tahun 1999. Pada tahun 2000 saya telah bertugas di SJKC Yok Eng ( Pulau Pinang ) sehingga 2006.
Pada tahun 2006 juga saya telah bertukar ke SK Permatang Tok Mahat iaitu sebuah sekolah yang terbaik di daerah Seberang Perai Selatan. Pada tahun 2009, saya telah bertukar ke Negeri Perlis kerana telah membeli rumah di sini sejak 2001 lagi. Kini saya bertugas di SK Long Boh.
Ini adalah keburukkan seorang manusia yang bergelar guru. Bercerita tentang seorang guru yang lain ibarat membuka pekung di dada sendiri. Menyembunyikan sikap guru ini ibarat membiarkan api di dalam sekam.
Bila berkata-kata umpama orang tinggi ilmunya tapi tingkah lakunya macam orang cetek mindanya.
Meminta orang lain mengamalkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan, menasihati orang lain akan perhubungan sesama islam, menyuruh orang bertolak ansur dan banyak lagi. Tinggi sungguh peribadi orang macam ni. Orang yang tinggi peribadi ni juga la yang suka mengumpat orang lain dalam bilik guru, orang ni juga la yang suka mengata orang lain, orang ni juga suka membuat fitnah dan orang ni juga yang tak bertolak ansur.
Ilmu apa yang diajar ni ? Tak bertegur sapa sesama islam tu berdosa. Memfitnah orang tak pula berdosa. Bukan macam ketam lagi dah. Memang ketam sebenar-benarnya. Ajar orang lain berjalan lurus tapi sendiri dah macam Yahudi mabuk ( petikan filem P.Ramlee).
Hairan bin ajaib. Yang lain tau juga perangai cikgu ni. Dari yang atas sampailah ke yang bawah. Semuanya macam menghalalkan pula apa yang dibuat. Tu yang lebih-lebih tu. Bukannya tak tau sejarah cikgu ni. Ramai dah bercerita. Orang yang perangai tak elok pasti ada sejarah yang tak elok. Kita tunggu dan lihat. Kita tunggu lihat dan bertindak
. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Genggam bara api biar sampai menjadi arang.
Bantuan kepada mangsa banjir di Perlis telah diadakan di Dewan Residensi, Kangar Perlis. Aku adalah antara ribuan penduduk yang telah hadir untuk menerima bantuan dari kerajaan.
Sesuatu yang baik telah menjadi satu yang memalukan apabila ada yang mula bercakap kasar, ada yang mula memaki hamun, ada yang mula mencerca dan sebagainya.
Mengapa ?Pengurusan yang lemah dalam mengendalikan ribuan penduduk yang hadir adalah puncanya. Jika majlis penyampaian bantuan ini diadakan buat kali pertama mungkin boleh dimaafkan tetapi jika sudah dua atau tiga sesi majlis ini diadakan dan perkara yang sama masih berulang maka pihak pengurusan memang lemah. Itulah kenyataannya.
Selain itu sikap penduduk yang tidak menghormati orang lain adalah amat memualkan. Apabila bantuan disampaikan, berlaku tolak-menolak dan paling mengecewakan dan meruntun jiwa ialah semasa tolak-menolak berlaku itu, ada yang ketawa seolah-olah budak-budak kecil yang berebut gula-gula. Jika begitulah sikap ibu bapa, kita tidak harus terkejut dengan sikap biadap anak-anak kita pada masa ini. Mereka yang tidak mengalami musibah banjir ataupun menerima tempias juga turut bersama-sama berebut menerima bantuan.
Perasaan malu menebal sepanjang masa aku berada di situ. Malangnya aku tidak sempat merakam peristiwa yang berlaku kerana keadaan pada masa itu amat kelam-kabut.
Harap-harap banjir tidak akan datang lagi dalam masa yang terdekat atau mungkin buat selama-lamanya. Jika tidak peristiwa ini akan berulang kerana manusia akan hilang kemanusiaannya apabila wang menjadi taruhannya.
