Baru-baru ni, aku mula bermain badminton semula dengan rakan-rakan di Perlis ni. Habislah duit dekat RM 200 nak melengkapkan diri. Maklumlah...... dah lama tinggalkan. Raket lama pun dah tak tau pergi ke mana.
Tapi sungguh tidak di sangka-sangka rupa-rupanya aku ni dah tak ada tenaga nak main badminton. Tak sempat habis game pertama, dah tercungap-cungap mengalahkan orang lari maraton. Last aku main ialah tahun 1999 di Johor Bahru. So kira dekat 10 tahun la tu.
Member lain aku tengok macam tak ada apa. Relax ja. Aku pun tak tau macam mana kecergasan fizikal aku boleh turun begitu rendah.
Fikir-fikir punya fikir, aku nak try lagi 3 sesi permainan. Kalau tak boleh juga, mungkin aku kena berhenti dulu dan melakukan senaman yang lebih ringan contohnya berjogingatau pun skipping. Bukan apa......kesian dekat member-member yang lain, menganggu " rthym of play" ja.
End of the story........tunggu lagi 3 sesi game. Lepastu baru buat keputusan.
Surat dari Masyarakat Burung kepada Datuk Bandar
-
Tuan Datuk Bandar,
kami masyarakat burung telah mengadakan mesyuarat agung
pada suatu pagi yang manis dan ranum
di atas bangunan parlimen yang kosong...
4 weeks ago