Subscribe News Feed Subscribe Comments

KISAH KETAM 3

Ketam Tak Sedar Diri

Sedar tak sedar ini adalah kisah ketam yang ketiga dalam blog ni. Masih ketam yang sama, cuma ketam ni semakin meniti usia. Tak sedar "kubur dah panggil mari".

Kalau dah ketam, memang sentiasa jadi ketam. Tak akan jalan lurus tetapi selalu menyerong. Walaupun ketam ni dah terkena sekali masih tak reti nak taubat. Buat sementara waktu , ketam ni dok bermaharajalela di pantai bersama ketam-ketam betina. 

Hari dah semakin hampir, masa dah makin suntuk apabila tiba masanya ketam ni akan kena tangkap dengan penangkap ketam. Pada masa tu, ketam ni akan jadi gulai ketam ka, masak lemak cili api ketam ka, ketam bakar ka, ketam goreng ka dan masakan lain yang seumpamanya.
Ini lah nasib hang wahai ketam !
Pada masa tu wahai ketam ingatlah...... waktu engkau nak kena makan, badan kau akan dicerai-ceraikan, cabut tangan, cabut kaki. Badan engkau akan dibelah dua. Isi-isi engkau akan dikeluarkan dari kulit yang engkau sangka keras tu. Sebijik macam seksaan neraka jahanam. Tak insaf lagi ?

Tak pa.......... masa akan tiba jua. Penangkap ketam sedang memerhati. Nun di kedai sana , ramai sedang menunggu untuk menelan engkau. 

Ishhhhhh..........lalu ke nak makan ketam tak sedar diri ni. 
Rasanya tak makan ketam dah aku ni.

KEJUTAN DARIPADA MURID-MURID TAHUN 6

Suprise ! Potong kek macam sambut hari jadi...


Pada 6 November 2012, murid-murid Tahun 6 telah membuat kejutan apabila mengadakan jamuan yang serba ringkas di Makmal Matematik khas untuk guru-guru yang mengajar mereka. Sesungguhnya ini memang satu kejutan untuk kami . Tak percaya tengoklah muka kami yang terkejut tu. Apatah lagi kami tidak sedar langsung dengan perancangan mereka kerana Jamuan Kelas Tahun 6 baru saja berakhir. Mereka bersungguh-sungguh dalam menjayakan operasi mereka dan sudah tentu kami berjaya di perangkap oleh kejutan mereka.
Kek Khas untuk Kami. Terharunya tetapi control perasaan.
Perasaan aku ? Terharu ada. Sedih pun ada. Terharu atas tindakan mereka yang menghargai kami walaupun kami tidak pernah meminta dihargai. Sedih kerana mereka akan meninggalkan kami ke alam sekolah menengah. Aku telah bersama meraka sejak mereka Darjah 3 lagi. Aku melihat mereka membesar dari budak-budak kecil yang comel menjadi remaja yang semakin dewasa.

Cikgu Nora, Guru Kelas Tahun 6
 Inilah kitaran hidup seorang cikgu. Mereka datang dan satu hari mereka pergi. Aku tetap seorang cikgu menanti siapa pula yang akan datang dan kemudian meninggalkan aku suatu hari.
Ibarat anak-anak burung, masa kecil diberi makan, bila besar terbang sendiri mencari rezeki.
Selamat berjaya dan menempuh alam remaja dengan penuh tabah ! Khas untuk anak-anak murid ku !

Kelas Tahun 6 /2012- Kenangan Bersama Akan Sentiasa Dingati.

TEMPAT KETIGA CREATIVE CONTENT CHALLENGE 2012

Tempat Ketiga CCC 2012




 Sekolah Kebangsaan Long Boh sekali lagi mengukir nama apabila berjaya mendapat tempat ketiga dalam Creative Content Challenge 2012 Peringkat Negeri Perlis. Kejayaan  ini lebih manis lagi apabila pertandingan ini diadakan secara terbuka bagi sekolah menengah dan rendah seluruh negeri Perlis. Sebanyak 7 buah sekolah rendah dan 7 buah sekolah menengah telah tersenarai dalam pemilihan peringkat akhir. Pengumuman nama-nama pemenang telah diadakan di IPGM Kampus Perlis dan selaku pemenang tempat ketiga, SK Long Boh telah memenangi sebuah piala dan wang tunai sebanyak RM 200. Tahniah buat pelajar SK Long Boh !

Berikut ialah senarai nama pemenang pertandingan CCC 2012 :
1. SK Paya
2. SMKA (P) Kangar
3. SK Long Boh
Bersama-sama guru pembimbing

Video : Vandalisme - Gejala Yang Tak Sudah

Video : Sebalik Tabir- Vandalisme
 
SHAIFUL FAIRUZ Blog | TNB