Subscribe News Feed Subscribe Comments

KEJUTAN DARIPADA MURID-MURID TAHUN 6

Suprise ! Potong kek macam sambut hari jadi...


Pada 6 November 2012, murid-murid Tahun 6 telah membuat kejutan apabila mengadakan jamuan yang serba ringkas di Makmal Matematik khas untuk guru-guru yang mengajar mereka. Sesungguhnya ini memang satu kejutan untuk kami . Tak percaya tengoklah muka kami yang terkejut tu. Apatah lagi kami tidak sedar langsung dengan perancangan mereka kerana Jamuan Kelas Tahun 6 baru saja berakhir. Mereka bersungguh-sungguh dalam menjayakan operasi mereka dan sudah tentu kami berjaya di perangkap oleh kejutan mereka.
Kek Khas untuk Kami. Terharunya tetapi control perasaan.
Perasaan aku ? Terharu ada. Sedih pun ada. Terharu atas tindakan mereka yang menghargai kami walaupun kami tidak pernah meminta dihargai. Sedih kerana mereka akan meninggalkan kami ke alam sekolah menengah. Aku telah bersama meraka sejak mereka Darjah 3 lagi. Aku melihat mereka membesar dari budak-budak kecil yang comel menjadi remaja yang semakin dewasa.

Cikgu Nora, Guru Kelas Tahun 6
 Inilah kitaran hidup seorang cikgu. Mereka datang dan satu hari mereka pergi. Aku tetap seorang cikgu menanti siapa pula yang akan datang dan kemudian meninggalkan aku suatu hari.
Ibarat anak-anak burung, masa kecil diberi makan, bila besar terbang sendiri mencari rezeki.
Selamat berjaya dan menempuh alam remaja dengan penuh tabah ! Khas untuk anak-anak murid ku !

Kelas Tahun 6 /2012- Kenangan Bersama Akan Sentiasa Dingati.

 
SHAIFUL FAIRUZ Blog | TNB