Subscribe News Feed Subscribe Comments

SINGAPURA - NO FAIR PLAY




Raddy The Best Director For SingaPURA Movie Team. " Look at his face and see how shock he is when they won !"

Melihat perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Bukit Jalil memang menyakitkan hati. Ingatkan dapat melihat satu perlawanan yang menarik. Malaysia akan menyerang dan Singapura akan cuba mempertahankan kelebihan jaringan mereka.

Sayang sekali, pemain-pemain import Singapura berlakon sepanjang perlawanan. Kena sikit ja terus cedera. Yang tak kena pun boleh cedera. Pelik kan ? Pengadil pula membiarkan lakonan ini berterusan sehingga ke akhir. Apa guna FIFA menggunakan logo Fair Play ? Terang-terang No Fair Play daripada Singapura. Phua Chu Kang pun pandai " don't pray-pray ".

Persoalan tentang taktik Singapura ?
1. Berapa banyak masa terbuang konon-konon nak merawat mereka yang berlakon cedera.

2. Momentum serangan dan permainan Malaysia sering terbantut kerana pelakon terkenal Singapura.

3. Berapa banyak masa rehat diperolehi untuk kuda-kuda tua Singapura bila berlakon cedera.

4. Jurulatih luar negeri memang amal taktik macam ni ka ?

5. Bukankah pemain yang berpura-pura boleh diambil tindakan oleh pengadil ? Pasal apa pengadil macam membiarkan ja ?

6. Ya terakhir ! Dah tak da taktik lain ka ?


Kesimpulannya memang tak ada Fair Play.FIFA kena buat sesuatu untuk memastikan sesetengah pasukan dari teraniaya dengan taktik kotor ini. Kalau tidak lain kalil bawalah bendera No Fair Play

KARNIVAL DI TAMAN BUKIT KAYA

Karnival Rukun Tetangga Jalan Bukit Lagi / Bukit Kaya telah diadakan pada 24 Julai 2011. Acara sukaneka bermula pada jam 8.30 pagi hingga ke pukul 12.30 tengah hari. Pada sebelah malam pula diadakan Jamuan Perpaduan bagi meraikan semua penduduk dalam kawasan rukun tetangga tersebut. Syukur di atas sambutan yang mengalakkan dari semua pihak.



Pelbagai juadah disediakan.



Kena bertugas sebagai jawatankuasa pertandingan la pulak !



Pemeriksaan kesihatan percuma turut diadakan.



Perlawanan congkak ternyata sengit hingga ke akhir.



Pemenang sedang menerima hadiah.

Jika ingin melihat lebih lanjut, anda boleh lawati laman berikut :
http://krttamanbukitkaya.blogspot.com

KECEWA KERANA BOLA



Semalam aku rasa macam nak jadi HULK. Boleh naik hijau seluruh badan ni. Apa taknya ! tunggu berhari-hari nak tengok Arsenal lawan Harimau Malaya , akhirnya kecewa. Satu saluran pun tak siarkan. Kalau TV free macam TV1 TV3 dan lain-lain tak siar bolehlah buat tak kisah. Ni ASTRO yang berbayar pun tak siar.

Yang menghairankan dan pelik pulak tu, Liverpool lawan kelab Cina boleh siar LIVE.Women world cup boleh siar. Copa Amerika Selatan boleh siar. Yang main di Malaysia boleh tak siar. Ni kes tak masuk akal ni. Kalau aku jadi HULK boleh roboh bangunan ASTRO tu !!!!!!!

Sampai satu ketika bila dapat berita Harimau Malaya kalah 4-0, terkeluar la kata-kata "padan muka". Bukan bermaksud pada pemain dan pasukan Harimau Malaya tetapi pada SESIAPA yang BENGAP kerana tak menyiarkan secara langsung perlawanan tu. Ramai yang kecewa BUKAN kerana kekalahan Harimau Malaya tetapi SAMDOL yang tak menyiarkan perlawanan tu.

Buat pemain dan pasukan HARIMAU MALAYA selamat berjuang menentang LIVERPOOL sabtu ni. Tentang siaran langsung? Aku tak berharap dah kerana TV negara kita ni memang tak boleh harap.

MANA KAUM TIAN CHUA DAN LIM KIT SIANG ?

Perhimpunan Bersih sudah berlalu. Macam hujan atau ribut, aku pasti Bersih pasti akan datang lagi kerana selagi ada manusia yang mengejar kuasa dan pandai bersandiwara, perkara ini tidak akan ada titik tamatnya.

Cuma yang menghairankan aku.....kalau inilah perhimpunan rakyat Malaysia seperti yang diperjuangkan dan dikatakan oleh pemimpin Bersih ( NGO dan Pakatan Rakyat), mana pergi kaum Tian Chua dan Lim Kit Siang. Setakat yang ada tu boleh dibilang dengan jari. Setakat nak bagi cukup syarat konon-kononnya semua rakyat menyokong sedangkan kaum Tian Chua , Ngeh Kam Ho dan Lim Kit Siang lebih selesa di rumah, menonton TV. Lagi selamat !


Hadi Awang tak nampak ka ? Tuan Guru tak lihat ka ? Salahudin Ayub tak terfikir ? Siapa yang menunggang kuda dan siapa yang jadi kudanya ?

Bukannya aku menyokong mana-mana pihak. Jauh sekali perkauman tetapi aku ada mata dan ada akal fikiran. Melaka pernah dijajah, Tanah Melayu pernah dijajah dan mungkin satu hari kita juga akan dijajah sekali lagi. Palestine sehingga hari ini masih dijajah kerana sikap bangsanya.

Tanah Tumpahnya Darahku !



Nilah barisan pemimpin Bersih. Ada la nampak muka Lim Kit Siang tu.


Orang Melayu !


Melayu ka ni ?


Orang Melayu !


Student Melayu !


Bapa dan Tok Wan Melayu !


Banyaknya orang Melayu !


Orang-orang Melayu.

Kursus Pendedahan Modul Jurulatih 1 Murid 1 Sukan

Guru-guru seluruh Perlis telah menghadiri kursus pendedahan modul permainan 1 Murid 1 Sukan selama 2 hari bermula pada 24 Jun hingga 25 Jun 2011 yang telah diadakan di SMK Syed Hassan. Sesi kali ini melibatkan 3 jenis permainan iaitu bola sepak, bola jaring dan olahraga.


Masing-masing cuba tunjuk skill yang terpendam.


Kumpulan olahraga sedang mendalami teknik dan taktik.


Pelajar sekolah sedang buat demo.

SKPTM DALAM MAJALAH 3



Pada 14 Mei 2011, tercatat dalam sejarahnya sendiri, Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat telah dipaparkan dalam segmen Majalah 3 sempena Hari Guru pada 16 Mei 2011.

Aku rasa amat bangga sebagai seorang guru kerana penat lelah tugas seorang guru mendapat perhatian dan diarkan untuk tontonan seluruh negara. Tambahan pula aku sendiri pernah bertugas di SKPTM pada tahun 2006 hingglah 2008. Banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan semasa berada di sana.

Melihat wajah-wajah rakan di kaca televisyen, mengembalikan kenangan bersama. Doa aku agar SKPTM akan terus gemilang dan cemerlang sampai bila-bila.

Tahniah untuk semua warga SKPTM dan Selamat Hari Guru !


Pasukan kawad SKPTM dalam Majalah 3.


Cikgu Mazilah, guru yang mula-mula membentuk pasukan kawad SKPTM.


Inilah gambar Cikgu Shanti dari SKPTM.


Cikgu Ahmad Rashidi jurulatih pasukan kawad SKPTM yang berwibawa.

DI SEBALIK TABIR PERTANDINGAN KAWAD KAKI DAERAH NIBONG TEBAL

Pada 23 April 2011, aku telah pergi melihat pertandingan kawad kaki daerah Nibong Tebal yang diadakan di SMKA Nibong Tebal. Rasanya masih teringin melihat pasukan kawad SKPTM bertanding kerana aku sendiri pernah membimbing mereka selama 3 tahun. Walaupun aku sudah tidak mengenal semua ahli pasukan kawad yang baru ini tetapi guru-gurunya masih yang sama iaitu Cikgu Mazilah, Cikgu Lina cikgu Shidi dan tidak lupa musuh tradisi kawad Kak Yon dari Sk Sg Acheh.

Dapat berjumpa dengan mereka memang mengembalikan asam garam dan sepak terajang dalam melatih pasukan kawad ini. Berkongsi pengalaman menjadi sesuatu yang wajib apabila kami bertemu walaupun aku kini sudah 3 tahun meninggalkan aktiviti melatih pasukan kawad. Sesekali melayan kenangan lama memang teruja, seakan-akan berada dalam suasana pertandingan.

Paling manis sekali pada hari itu, apabila aku menjejaki kaki ke SMKA Nibong Tebal, ada saja bekas-bekas murid SKPTM yang datang bertanya khabar dan menegur ku. Terutamanya mereka yang pernah dilatih oleh aku.Ada yang hampir aku tak kenal kerana sudah meningkat remaja malah yang tidak pernah aku ajar juga turut menegur aku. Inilah kelebihan menjadi seorang guru terutamanya guru kawad. Banyak pengalaman yang dikongsi bersama dan syukurlah kerana mereka masih berkawad dan mengikuti perkembangan kawad.

Kalau umur panjang berjumpa lagi kita.

SITUASI BANJIR DI PERLIS PADA 31 MAC 2011

Inilah situasi terkini banjir di Perlis. Walaupun cuaca semakin pulih namun air di kawasan Kangar mengalami sedikit peningkatan.

Keadaan pada pukul 8.00 pagi (31 Mac 2011)

Air sungai telah melimpah ke jalan-jalan raya.


Jalan utama dalam Pekan Kangar turut ditengelami air.


Air memenuhi jalan-jalan.


Air di roundabout Taman Bukit Kaya semakin dalam dan amat berbahaya kepada kenderaan ringan.

BANJIR KALI KEDUA DI PERLIS

Lebih kurang 4 bulan berlalu, Perlis dilanda banjir sekali lagi. Beberapa tempat telah dinaiki air dan menyebabkan penduduk yang terlibat terpaksa berpindah ke pusat pemindahan yang disediakan. Banjir yang berlaku dikatakan berpunca daripada hujan yang berterusan. Namun begitu sebagai manusia kita boleh mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengelakkan atau mengurangkan kesan kemusnahan akibat banjir.

Kerajaan negeri Perlis yang sedia ada didapati tidak mengambil apa-apa langkah yang positif walaupun Perlis telah dilanda banjir besar 4 bulan yang lalu. Maka setiap kali hujan, rakyat Perlis mula dilanda kebimbangan akan bencana banjir.

Gambar ini diambil pada pukul 5.00 hingga 6.00 petang ( 30.3.2011)


Gambar roundabout dekat Taman Bukit Kaya


Keadaan banjir di Pasar Raya Ten Ten


Sungai yang melalui Pekan Kangar.


Air hampir melimpahi ke tebing.

Cikgu Ketam di Perlis

Ini adalah keburukkan seorang manusia yang bergelar guru. Bercerita tentang seorang guru yang lain ibarat membuka pekung di dada sendiri. Menyembunyikan sikap guru ini ibarat membiarkan api di dalam sekam.

Bila berkata-kata umpama orang tinggi ilmunya tapi tingkah lakunya macam orang cetek mindanya.

Meminta orang lain mengamalkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan, menasihati orang lain akan perhubungan sesama islam, menyuruh orang bertolak ansur dan banyak lagi. Tinggi sungguh peribadi orang macam ni. Orang yang tinggi peribadi ni juga la yang suka mengumpat orang lain dalam bilik guru, orang ni juga la yang suka mengata orang lain, orang ni juga suka membuat fitnah dan orang ni juga yang tak bertolak ansur.

Ilmu apa yang diajar ni ? Tak bertegur sapa sesama islam tu berdosa. Memfitnah orang tak pula berdosa. Bukan macam ketam lagi dah. Memang ketam sebenar-benarnya. Ajar orang lain berjalan lurus tapi sendiri dah macam Yahudi mabuk ( petikan filem P.Ramlee).

Hairan bin ajaib. Yang lain tau juga perangai cikgu ni. Dari yang atas sampailah ke yang bawah. Semuanya macam menghalalkan pula apa yang dibuat. Tu yang lebih-lebih tu. Bukannya tak tau sejarah cikgu ni. Ramai dah bercerita. Orang yang perangai tak elok pasti ada sejarah yang tak elok. Kita tunggu dan lihat. Kita tunggu lihat dan bertindak

. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Genggam bara api biar sampai menjadi arang.

M & N Yang Meleleh Dari Dalam Mulut


Gambar M & N sedang mengumpat sakan. ( Gambar hiasan ja. Nanti kita letak gambar betul )

Ini kisah tentang M & N sekolah aku. Jangan silap bukan coklat M &M tau tapi M & N la.Manusia macam ni memang banyak dan berada di mana-mana. Ibarat kata pepatah Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata buat tak tau. Apa yang orang lain buat semuanya tak betul dan kesudahannya dengan penuh semangat mengumpat dan orang lain yang jadi mangsa.

Aku tak mau mengumpat atau mengata. Aku hanya ingin bercakap tentang fakta.
Masa mengajar dah sikit tapi masih juga nak jaga masa mengajar orang lain.
Kalau dia tak puas hati, diam-diam berjumpa pentadbir sekolah. Pi menghasut.
Orang lain bercakap terang-terang, dia baling batu sembunyi tangan.
Jawatan sikit pun masih tak puas hati. Masih dengki kat orang lain.
Kalau dia berkira tak pa. Kalau kita berkira macam nak pecah satu sekolah bercerita.
Kalau kita tak tolong dia bising. Kalau kita tak ditolong buat tak tau ja.
Kalau dari segi pakaian tu macam muslimah tapi perangai macam Israel. ( Opps ! dah teremosi ni )
Fikirlah sendiri wahai pembaca. Kalau anda berada di tempat saya. Apa yang anda akan lakukan.
Buat masa ni, semuanya ibarat satu sandiwara yang kadang-kadang melucukan. Dah tak larat nak ketawa.
Mungkin perlu bertindak dengan lebih tegas kut ?
Tapi nanti kata tak gentelmen pulak.
Moga Tuhan tunjukkan jalannya.

MENANTI DETIK DAN WAKTU


SK Long Boh, pada hari ini.


SK Long Boh pada hari itu.

SK Long Boh telah berubah wajah. Tersergam indah sebuah bangunan tiga tingkat di tengah-tengah kampung Long Boh telah menjadi satu mercu tanda bagi penduduk setempat. Budak-budak yang dulunya kehairanan bila pergi ke sekolah lain, kini akan mula merasa senang dan susahnya bersekolah di bangunan yang tinggi.

Namun begitu, warga SK Long Boh hanya dapat melihat sahaja bangunan itu ibarat kata orang " nak peluk tapi tangan tak sampai " kerana masih terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum boleh menduduki bangunan itu.

Kesimpulannya.......... tunggu !
Sampai bila ? Esok ? Lusa? Bulan depan ? Tengah tahun ?
Tunggu je la. Aktiviti tetap berjalan seperti biasa.

WANG BANTUAN DAN BANJIR 2010 DI PERLIS


Suasana menjadi semakin hangat !


Keadaan mula menjadi tidak terkawal !


Masih ramai yang menanti giliran.

Bantuan kepada mangsa banjir di Perlis telah diadakan di Dewan Residensi, Kangar Perlis. Aku adalah antara ribuan penduduk yang telah hadir untuk menerima bantuan dari kerajaan.

Sesuatu yang baik telah menjadi satu yang memalukan apabila ada yang mula bercakap kasar, ada yang mula memaki hamun, ada yang mula mencerca dan sebagainya.

Mengapa ?Pengurusan yang lemah dalam mengendalikan ribuan penduduk yang hadir adalah puncanya. Jika majlis penyampaian bantuan ini diadakan buat kali pertama mungkin boleh dimaafkan tetapi jika sudah dua atau tiga sesi majlis ini diadakan dan perkara yang sama masih berulang maka pihak pengurusan memang lemah. Itulah kenyataannya.

Selain itu sikap penduduk yang tidak menghormati orang lain adalah amat memualkan. Apabila bantuan disampaikan, berlaku tolak-menolak dan paling mengecewakan dan meruntun jiwa ialah semasa tolak-menolak berlaku itu, ada yang ketawa seolah-olah budak-budak kecil yang berebut gula-gula. Jika begitulah sikap ibu bapa, kita tidak harus terkejut dengan sikap biadap anak-anak kita pada masa ini. Mereka yang tidak mengalami musibah banjir ataupun menerima tempias juga turut bersama-sama berebut menerima bantuan.

Perasaan malu menebal sepanjang masa aku berada di situ. Malangnya aku tidak sempat merakam peristiwa yang berlaku kerana keadaan pada masa itu amat kelam-kabut.

Harap-harap banjir tidak akan datang lagi dalam masa yang terdekat atau mungkin buat selama-lamanya. Jika tidak peristiwa ini akan berulang kerana manusia akan hilang kemanusiaannya apabila wang menjadi taruhannya.

FINAL PIALA AFF SUZUKI DI STADIUM BUKIT JALIL

MALAYSIA 3 - INDONESIA 0

MALAYSIA KE FINAL PIALA AFF SUZUKI


Jaringan dari Safee sewaktu perlawanan di Malaysia.


Gol kedua sebagai bekalan ke Hanoi.

Tahniah ! Pasukan bola sepak Malaysia telah berjaya ke final. Walaupun tidak banyak harapan diberikan kepada pasukan ini terutamanya apabila tewas kepada Indonesia pada perlawanan pembukaan, anak-anak muda dari Malaysia terus mencipta harapan pada setiap perlawanan.

Hari ini di Hanoi, Vietnam, pasukan Malaysia bertahan dari mula wisel dibunyikan sehingga ke tiupan yang terakhir dari pengadil.

Tahniah sekali lagi. Pertahanan yang kukuh dan penuh berdisiplin. Cuma mengeluarkan bola tanpa arah tujuan menyebabkan pihak lawan akan terus menyerang. Adalah lebih baik bagi Malaysia untuk mengawal bola dan tidak memberikan bola dengan mudah kepada pihak lawan.

Selamat berjaya di final nanti biarpun bertemu Indonesia atau Filipina.

BANJIR OH BANJIR

Tuan Rumah tengah merenung nasib malang !


Keadaan di dalam rumah ketika air semakin surut.


Anugerah buat pekerja yang paling rajin membersihkan rumah !


Seluruh taman perumahan ditenggelami air hingga ke paras pinggang.


Ni asyik bersiar-siar sambil main air ja. Bila rumah nak bersih ?

APABILA YANG BARU MENGHAMPAKAN !

Apabila teknologi atau segala alatan canggih mula tidak berfungsi. Bukan saja tidak berfungsi malah tidak dapat dibaiki. Apakah tindakan kita ?

Adakah kita akan panik ? Adakah kita akan melolong seperti orang hilang punca ? Atau....... adakah kita kembali melihat ke belakang......kepada alatan antik yang masih setia bersama masa dan menunggu untuk berkhidmat semula.


Begitulah yang terjadi di sekolah aku. Loceng elektrik tiba-tiba tidak berfungsi. Sudah beberapa juruteknik terkenal dipanggil namun keputusannya tetap menghampakan.

Maka loceng antik ini mula kembali beraksi. Melaungkan bunyinya ke segenap sekolah.Sekali-sekali bila berbunyi teringatkan pulak kat penjual aiskrim pada zaman dulu. Bingkas bangun si kecil apabila mendengar bunyinya tetapi kini murid-murid disini akan segera beratur untuk masuk ke kelas. Memori lama mengusik hati setiap kali loceng tua ini bertugas.


Kesimpulannya, yang baru tak semestinya hebat dan yang lama tak semestinya dilupakan.

DALAM GELANGGANG

Kalau lihat tajuk macam tajuk filem tapi sebenarnya tidak.

Aku hanya nak memaparkan aksi-aksi sewaktu bermain badminton dengan member di Perlis ni.

Nak kata hebat tu, tak lah hebat mana. Yang penting mesti ada gaya !

Anyway, Thanks to Amri and Chong for this picture.

Awat tak bagi kat aku ni !


Siap ! Pukulan pancung sebagai balasan. Hayyyah !!!!!


Cool and steady ! Maklumlah dah berpengalaman.

BERHARI RAYA DI MUKA BUMI YANG DITINDAS



Selamat Hari Raya buat semua umat Islam. Hari kejayaan selepas sebulan berpuasa menahan lapar, dahaga dan nafsu seorang manusia. Tiba masa untuk bergembira dengan baju baru, perhiasan baru, segala jenis juadah yang menyelerakan, bertemu sanak saudara dan sahabat-handai,bertanya khabar, bertepuk bahu, bersalaman memohon ampun dan menitis air mata keinsafan.

Tetapi, saudara kita sesama agama, berhari raya diacu senjata canggih yang membunuh manusia sekelip mata, berhari raya dengan kehilangan saudara dibunuh tentera Yahudi yang zalim, berhari raya bersama-sama bunyi letupan bom dan malang bersembahyang Hari Raya seperti penghuni penjara yang dikawal oleh tentera Yahudi durjana. Di tindas di tanah air sendiri.

Buat bangsaku, sempena hari raya ini, janganlah kita lupa, dan janganlah kita menjadi seperti bangsa Palestine yang menjadi bangsa yang ditindas di bumi sendiri. Biarpun berbeza pendapat, berbeza perjuangan, berbeza fahaman dan berbeza aliran apabila tiba masanya kita tetap satu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua !
 
SHAIFUL FAIRUZ Blog | TNB