Subscribe News Feed Subscribe Comments

Awas Cecacing Conficker !

1 April 2009 adalah hari yang dikatakan bahawa cecacing conficker ini akan mula diaktifkan. Kerosakan yang dijangka berlaku masih belum dapat dipastikan. Namun begitu untuk perkara ini berlaku masih belum terbukti kerana ia tetap bergantung kepada individu yang mengawal cecacing itu. Ia mungkin berlaku pada 1 April atau mungkin bila-bila masa yang dikehendakinya. Semua pengguna komputer adalah disarankan sentiasa dikemaskini dengan patch windows yang terkini. Ini adalah untuk mengelakkan komputer anda diceroboh oleh cecacing. Selain itu anti virus yang selalu dikemaskini juga penting untuk menentang cecacing yang berjaya melepasi sistem windows. Anda boleh menggunakan beberapa perisian yang boleh dimuat turun dari internet seperti Symantec Conficker ( Downadup ), Trend Micro,s Cleanup Engine, atau Malwarebytes untuk memastikan komputer anda bebas dari Conficker. Apa pun pastikan anda telah membuat salinan sebagai langkah keselamatan jika cecacing Conficker berjaya menceroboh komputer anda. Mungkinkah ini adalah satu lagi permainan April Fool !
 
SHAIFUL FAIRUZ Blog | TNB