Cikgu Azreezul menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kangar dan di sisi beliau ialah ahli keluarganya dan rakan-rakan yang mengenali beliau. Walaupun saya hanya mengenali beliau tidak sampai lima bulan namun dalam masa yang singkat itu saya sempat mengenali hati budinya. Tidak dapat digambarkan perasaan ini semasa menerima berita yang Cikgu Azreezul sedang tenat di hospital dan apabila sampai di sana saya disambut dengan berita yang beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir. Terasa sungguh kehilangan seorang rakan seperjuangan. Rasanya masih belum cukup masa bersama dan masih banyak ilmu yang boleh dimanfaat dari beliau. Takdir juga yang menentukannya dan hanya Allah Yang Maha Esa yang mengetahuinya.
Buat Cikgu Azreezul, dirimu akan kami kenang selalu, jasamu akan kami ingat selalu. Kami di Sekolah Kebangsaan Long Boh akan meneruskan perjuangan ini biarpun dirimu sudah tiada. Al Fatihah.
40 Sekolah Terbaik Keputusan SPM 2024 Mengikut Gred Purata Sekolah (GPS)
-
1. SBPI Gombak (0.93)
2. Sekolah Tun Fatimah (1.04)
3. Kolej Tunku Kurshiah TKC (1.05)
4. Maahad Tahfiz Negeri Pahang (1.15)
5. SMS Tuanku Munawer ...
3 days ago