Babak 1
Cikgu ! anak murid cikgu berak dalam kelas lagi ! Aku diberitahu oleh rakan sekerja. Tidak !!!!! aku baru saja nak menyiapkan ujian KIA 2M pelepasan 1. Maka melangkahlah aku tanpa kerelaan. Sejak aku berpindah ke Perlis tahun ni aku telah dilantik sebagai guru kelas Tahun 1 menggantikan cikgu yang berpindah keluar. Amanah perlulah dilaksanakan walaupun berat.
Sampai di kelas aku lihat Soom Chai sedang menangis seorang diri. Yang lain dah pergi ke makmal komputer. Bau busuk menyelubungi di dalam dan luar kelas.
Kenapa Soom Chai ? Hang berak lagi ka ? Tak ada jawapan. Hanya air mata yang berlinangan. Abangnya yang darjah 6 ku panggil untuk membawa Soom Chai ke tandas. Ibunya ku panggil ke sekolah untuk membawa dia pulang. Cikgu ! Cikgu ! Adik saya tak berak tapi dia sakit perut ! kata abang Soom Chai. Aku pun masuk ke kelas dan cuba mencari punca bau busuk itu. Segenap pelusuk kelas aku jelajah tapi tak jumpa juga punca bau itu.
Emak Soom Chai tiba dan membawa anaknya pulang. Tinggalah aku dan beberapa orang guru di hadapan kelas mencari punca datangnya bau yang busuk tu. Cikgu Chong yang kebetulan lalu di hadapan kelas aku pun bersuara...... bau busuk tu datang dari tong sampah. Aku baru perasan tong sampah yang berada berhampiran dengan kelas aku tu. Sah ! memang bau busuk datang dari situ.
Kesiaan Soom Chai. Semua orang mengatakan yang dialah punca bau busuk tu. Rupa-rupanya bau tong sampah , Mungkin sebab dia pernah terberak di dalam kelas sebelum ni. Agaknyalah..
Tersenyum aku sorang-sorang. Inilah perjalanan hidup seorang guru. Bukan sahaja mengajar, kes-kes misteri pun kena selesaikan. Minggu hadapan aku akan mula menghadiri kursus 14 minggu di maktab. Cikgu ganti dah ada. Jumpa lagi bulan Ogos nanti anak-anak murid ku !
Babak 2
Selepas kelas , aku diajak oleh Cikgu Chong. Katanya nak melawat Fitri yang baru balik dari hospital. Fitri ni budak tahun 6 dan disahkan ada ketumbuhan yang perlu dibedah tak lama lagi. Oleh kerana rumah Fitri tak jauh dari sekolah, aku dan Cikgu Chong berjalan kaki ke rumahnya.
Sampai di rumahnya, Fitri sedang berbaring di katilnya. Badannya semakin kurus tetapi senyuman tetap terukir di wajahnya .Mungkin gembira dengan kedatangan guru-gurunya.Dari keluarganya kami diberitahu yang Fitri akan dibawa ke Pulau Pinang pada 29 Jun ini untuk dibedah.
Sewaktu berjalan pulang, melangkah di atas jalan yang berdebu...............aku begitu berharap pembedahan tu akan berjaya dan Fitri dapat kembali ke sekolah . UPSR masih menunggunya. Sama-samalah kita berdoa untuk Fitri.
Surat dari Masyarakat Burung kepada Datuk Bandar
-
Tuan Datuk Bandar,
kami masyarakat burung telah mengadakan mesyuarat agung
pada suatu pagi yang manis dan ranum
di atas bangunan parlimen yang kosong...
4 weeks ago