MALAYSIA KE FINAL PIALA AFF SUZUKI
Jaringan dari Safee sewaktu perlawanan di Malaysia.
Gol kedua sebagai bekalan ke Hanoi.
Tahniah ! Pasukan bola sepak Malaysia telah berjaya ke final. Walaupun tidak banyak harapan diberikan kepada pasukan ini terutamanya apabila tewas kepada Indonesia pada perlawanan pembukaan, anak-anak muda dari Malaysia terus mencipta harapan pada setiap perlawanan.
Hari ini di Hanoi, Vietnam, pasukan Malaysia bertahan dari mula wisel dibunyikan sehingga ke tiupan yang terakhir dari pengadil.
Tahniah sekali lagi. Pertahanan yang kukuh dan penuh berdisiplin. Cuma mengeluarkan bola tanpa arah tujuan menyebabkan pihak lawan akan terus menyerang. Adalah lebih baik bagi Malaysia untuk mengawal bola dan tidak memberikan bola dengan mudah kepada pihak lawan.
Selamat berjaya di final nanti biarpun bertemu Indonesia atau Filipina.
BANJIR OH BANJIR
APABILA YANG BARU MENGHAMPAKAN !
Adakah kita akan panik ? Adakah kita akan melolong seperti orang hilang punca ? Atau....... adakah kita kembali melihat ke belakang......kepada alatan antik yang masih setia bersama masa dan menunggu untuk berkhidmat semula.
Begitulah yang terjadi di sekolah aku. Loceng elektrik tiba-tiba tidak berfungsi. Sudah beberapa juruteknik terkenal dipanggil namun keputusannya tetap menghampakan.
Maka loceng antik ini mula kembali beraksi. Melaungkan bunyinya ke segenap sekolah.Sekali-sekali bila berbunyi teringatkan pulak kat penjual aiskrim pada zaman dulu. Bingkas bangun si kecil apabila mendengar bunyinya tetapi kini murid-murid disini akan segera beratur untuk masuk ke kelas. Memori lama mengusik hati setiap kali loceng tua ini bertugas.
Kesimpulannya, yang baru tak semestinya hebat dan yang lama tak semestinya dilupakan.
DALAM GELANGGANG
Aku hanya nak memaparkan aksi-aksi sewaktu bermain badminton dengan member di Perlis ni.
Nak kata hebat tu, tak lah hebat mana. Yang penting mesti ada gaya !
Anyway, Thanks to Amri and Chong for this picture.
Awat tak bagi kat aku ni !
Siap ! Pukulan pancung sebagai balasan. Hayyyah !!!!!
Cool and steady ! Maklumlah dah berpengalaman.
BERHARI RAYA DI MUKA BUMI YANG DITINDAS
Selamat Hari Raya buat semua umat Islam. Hari kejayaan selepas sebulan berpuasa menahan lapar, dahaga dan nafsu seorang manusia. Tiba masa untuk bergembira dengan baju baru, perhiasan baru, segala jenis juadah yang menyelerakan, bertemu sanak saudara dan sahabat-handai,bertanya khabar, bertepuk bahu, bersalaman memohon ampun dan menitis air mata keinsafan.
Tetapi, saudara kita sesama agama, berhari raya diacu senjata canggih yang membunuh manusia sekelip mata, berhari raya dengan kehilangan saudara dibunuh tentera Yahudi yang zalim, berhari raya bersama-sama bunyi letupan bom dan malang bersembahyang Hari Raya seperti penghuni penjara yang dikawal oleh tentera Yahudi durjana. Di tindas di tanah air sendiri.
Buat bangsaku, sempena hari raya ini, janganlah kita lupa, dan janganlah kita menjadi seperti bangsa Palestine yang menjadi bangsa yang ditindas di bumi sendiri. Biarpun berbeza pendapat, berbeza perjuangan, berbeza fahaman dan berbeza aliran apabila tiba masanya kita tetap satu.
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua !
DUNGU dan TOLOL
Bila isteri pergi ke sekolah selepas sambutan hari kemerdekaan, ada pula suara-suara sumbang yang mengatakan "kalau nak ambil cuti rehat, bagi tau awal-awal sikit !"
Apa ke halnya ?
Selepas ini sesiapa yang nak beranak bagi tau baby kat dalam perut tu supaya bagi tau tarikh yang tepat untuk beranak.
Emak nak minta cuti !
Sesiapa yang nak cuti sakit, kena bagi tau anggota badan yang nak sakit tu awal-awal.
Senang nak minta cuti.
Sesiapa yang ada urusan kematian. Bagitau awal-awal sebelum mati.
Senang nak minta cuti.
Sesiapa yang keretanya nak rosak tiba-tiba, bagi tau kereta warning awal-awal sikit
. Senang nak minta cuti.
Kalaulah anak tiba-tiba sakit. Bagitau anak, lain kali nak sakit bagi tau awal-awal.
Baru senang emak nak minta cuti.
Ni baru betul. Pekerjaan guru tetapi otak macam Si Dungu dan Si Tolol.
dia yang ambil cuti tiba-tiba, tak apa pulak.
Kalau dia cuti mc tiba-tiba, tak apa pulak.
Otak pun macam Si Dungu dan Si Tolol. Tambahan pulak dengan hati yang busuk dan pemegang PHD, maka jadilah manusia yang sentiasa memerhati keburukkan orang lain sedangkan kain sendiri dah hampir terlondeh hingga menampakkan kurap di badan.
Kesimpulannya begitulah manusia yang berhati busuk( Si Dungu dan Si Tolol )
ANTARA PEJUANG DAN PETUALANG
PEJUANG NEGARA
PETUALANG NEGARA
Semalam aku tengok tentang dokumentari tentang VAT69. Pasukan elit Pasukan Polis Hutan (PPH) 69 atau VAT 69 yang ditubuhkan pada 23 Oktober 1969 sangat ditakuti oleh komunis.Skuad ini telah digelar komunis sebagai ‘Lok Kow’ bermaksud 69 dan sangat digeruni kerana kehebatan mereka menjejak pengganas dan bertempur di hutan.
Bangga dan terharu melihat perjuangan anggota keselamatan kita yang sedia berkorban nyawa. Susah payah meredah hutan belantara, bertemankan unggas, bermandikan hujan, bergelumang tanah dalam memburu pengganas komunis.Untuk siapa ? Sudah tentu untuk rakyat Malaysia.
Kini kita hidup aman damai hasil perjuangan semua anggota keselamatan. Ada yang masih hidup dan ramai yang bersemadi sebagai wira negara. Pengorbanan yang mulia tiada tandingnya.
Hari ini......
Ada manusia sibuk dengan kekayaan dunia....
Ada manusia bergelumang rasuah sentiasa...
Ada manusia bergaduh sesama saudara....
Ada manusia kononnya berjuang atas agama.....
Ada manusia yang sibuk nak ke Putrajaya.......
Ada manusia kononnya juara semua.......
Ada manusia memfitnah berjela-jela.....
Inikah sumbangan dan penghargaan kita di atas perjuangan mereka yang menggadai nyawa untuk keamanan negara ?
Justifikasikanlah tindakan anda !
Adakah anda seorang PEJUANG atau anda seorang PETUALANG !
GAYA HIDUP KU
Ada gaya seorang atlet tak ? Atlet in the making he he he.
Cuba teka siapa ni ? Betul! Inilah my partner in life .
Inilah aktiviti yang aku lakukan sekarang pada setiap petang kalau tak pi main badminton. Aku rasa tahap kesihatan semakin baik dan tahap kecergasan makin tinggi. Kalau hari tu, aku main badminton setakat 1 set, tetapi kini dah boleh main sampai 3 hingga 4 set. Cuma nak kata 100 % cergas......belum lagi. Yang penting aku rasa makin cergas. Orang rumah pun join sekali. Jadi adalah orang yang meneman semasa berlari. Kalau tak boring lari sorang-sorang.
Kalau dulu aku terlalu kepada aktiviti sekolah seperti kawad dan melatih pasukan bola sampai lupa untuk bersenam. Menyebabkan bila bersukan aku rasa tak cergas. Aku tahu .... tapi aku tak buat apa-apa pun !
Kini sejak balik Perlis......dalam kesibukkan menjaga anak, sekolah dan pembelajaran aku di OUM......aku mencari masa bersenam. Dah jadi rutin harian....Pada member-member yang mengenali aku.....ada pesan.....mulalah bersenam. Kita masih muda dan masih panjang perjalanan kita jika diizinkan oleh Allah S.W.T. Terutamanya geng catur di SKPTM. (Tak keluar peluh la !)
P.s : Jangan marah ! Gurau Ja !
KISAH KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN
Kisah ini berlaku di sebuah negara bernama Ketambola. Pada suatu hari Raja ketam ni memanggillah anak-anaknya dengan tujuan nak mengajar ilmu sivik. Setelah semua berkumpul maka raja ketam pun berkata kepada anak-anaknya "ada beberapa perkara yang hendak aku sampaikan".
Perkara Pertama, Jangan sesekali lewat masuk ke dalam lubang masing-masing. Tak baik !
Perkara Kedua, Bila buat kerja mesti bersungguh-sungguh. Jangan curi tulang. Berdosa !
Perkara Ketiga, Nak buat sesuatu kena bagi tau dekat raja ketam . Kira taat la tu.....
Perkara Keempat , Kalau nampak ketam betina, jangan cepat tergoda
Faham !" Kata Raja Ketam. Maka salah seekor anak ketam mengangkat tangan lalu berkata.
"Bapa ketam juga selalu lewat masuk lubang dan kadang-kadang tak masuk langsung.
Bapa ketam selalu duduk saja tak buat apa. Jalan sana jalan sini.
Bapa ketam juga selalu menghilangkan diri tak bagi tau kat mana-mana ketam.
Paling teruk ! Bapa ketam kan bila nampak ketam betina terus jadi macam lembu kena cucuk hidung !
Jadi kami nak ikut yang mana satu ?" Kata anak ketam.
"Ikut suka hang la !" Kata bapa Ketam dengan perasaan yang geram.
Kesimpulannya......sendiri mau ingat aaaa
AKTIVITI AKROBATIK MERANGSANG OTAK
BADMINTON OH BADMINTON
Hari-Hari Guru
Walaupun dah agak terlewat , saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru untuk semua guru yang masih mengajar , sudah pencen mahupun yang sudah tiada lagi di dunia ini .
Istimewanya hari guru ini ? Macam selalu...........
Hari Guru....... Guru yang merancang aktiviti... Guru yang mengelolakan aktiviti..... Guru yang menjadi peserta...... Guru yang menjadi hakim....... Guru yang menghebahkan pemenang..... Guru yang membuat persembahan... Guru yang lebih bertepuk tangan......... Guru yang mencari hadiah........ Guru yang membawa hadiah....... Guru juga memberi hadiah..... dan banyak lagi............. .
Sampai bila ? Mungkin sampai bila-bila . Selamat Hari Guru !.
GURU DIHENTAM ! ANTARA IMAGINASI DAN REALITI
SEBUAH KISAH DALAM DIARI SEORANG GURU
Pada suatu pagi kelihatan seorang murid perempuan dipimpin tangan oleh ayahnya melangkah ke kelas Tahun 2. Terpancar kebimbangan di wajah murid itu kerana lewat ke sekolah. Murid itu disambut oleh dengan senyuman oleh guru yang baru pertama kali mengajar di Tahun 2.
Selepas bapa murid itu pulang, guru tadi memegang tangannya lalu membawa semula ke luar kelas dan guru itu memintanya masuk semula ke dalam kelas dengan cara yang betul. Setelah guru itu kembali ke mejanya, murid tersebut masih tidak masuk ke dalam kelas. Guru tersebut berasa hairan lalu menjenguk keluar. Apabila ternampak wajah cikgunya, maka murid itu mendapatkan gurunya.
Guru itu pun dengan penuh sabar mengajar murid perempuan tadi cara yang betul untuk meminta maaf kerana terlewat. Maka bertanyalah guru itu kepada murid tadi kenapa dia lewat. Murid itu memberitahu bahawa ayahnya terlewat bangun. Bertanya lagi guru itu, " dimanakah emak kamu ?". Murid itu menjawab, " emak saya dah meninggal hari Khamis lalu."
Tersentuh hati cikgu melihat anak muridnya yang mula berlinangan air mata. Lebih hiba lagi apabila anak muridnya itu terus memeluknya sambil menangis seolah-olah cuba mencari perlindungan dari seorang ibu. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab beliau memujuk murid itu untuk mententeramkan dan menenangkan perasaan murid yang baru kehilangan ibu.
Cerita ini adalah cerita benar yang berlaku di sebuah sekolah di negeri Kedah. Cerita ini disampaikan semula oleh saya dan sebarang ketidaksamaan dengan cerita asal harap dimaafkan. Berapa ramaikah dari anda yang memberi penghargaan kepada guru yang bukan hanya mengajar di sekolah tetapi juga menjadi seorang kawan, ibu atau ayah kepada anak-anak anda semasa anda di rumah atau sibuk mencari rezeki.
Maka benarlah, guru adalah lilin yang membakar diri. Peranannya mencerahkan malam yang gelap tidak pernah dihargai dan tiada siapa yang ambil tahu. Berapa banyakkah media yang sudi melaporkan pengorbanan seorang guru ?. Boleh dibilang kerana media hanya berlumba-lumba memaparkan keburukan guru kepada masyarakat.Maka kisah diatas hanya akan menjadi sebuah kisah dalam diari seorang guru.
APA ITU PROGRAM LINUS ?
IBU PELAJAR TAMPAR GURU
Kejadian pukul 10.30 pagi itu berlaku di bilik pengetua sekolah berkenaan selepas ibu pelajar tersebut gagal menahan emosi lalu menampar pipi guru lelaki berusia 26 tahun tersebut.
Difahamkan, sehari sebelum itu, guru Matematik tersebut didakwa telah menampar pelajar terbabit selepas mendapati dia membuat bising di luar kelas sehingga mengganggu pelajar lain.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, wanita berusia 40-an tersebut mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anaknya selepas pulang dari sekolah.
Petikan Dari Kosmo Online
Terkejut ! Itulah yang dapat diluahkan terhadap sikap ibu bapa kini. Adakah tidak sampai ke tahap membimbangkah lagi masalah pelajar pada masa kini untuk ibu bapa bersikap demikian. Ini akan menyebabkan pelajar akan semakin kurang ajar kerana tahu ibu bapa mereka sentiasa akan terus membela dan mempertahankan tindakan biadap mereka.
Kepada ibu bapa yang menyayangi anak membuta tuli.........pergilah lah ke sekolah anak anda tetapi jangan pergi hanya sekejap kerana anak anda sememangnya pandai berlakon apabila ada ibu bapanya di sekolah. Duduklah di sekolah sehari suntuk dan jika perlu duduklah selama sebulan.
Nescaya akan terserlah sikap biadap dan kurang ajar anak -anak mereka. Betulkanlah sikap mereka sebelum mereka menjadi sampah masyarakat sebagaimana ribuan remaja kita yang mempertaruhkan nyawa mereka dengan dadah dan rempit.
Guru bukan hanya mengajar tetapi mendidik.