Subscribe News Feed Subscribe Comments

TERUS BERJUANG UNTUK HARI ESOK



Tamat sudah perjuangan Harimau Malaya di bandar Bangkok hari ini. Berjuang menentang 13 orang pemain Thailand di atas padang yang teruk, tidak sedikit pun melemahkan pemain-pemain negara. Aku kata 13 orang pemain Thailand sebab penonton ialah pemain kedua belas dan lebih teruk lagi pemain Thailand yang ketiga belas ialah pengadil yang berasal dari Korea. Pengadil ni awal-awal lagi dah bagi kad kuning pada pemain Malaysia walaupun terjahan tu sikit sangat. Provokasi pertama dari pengadil untuk melemahkan pemain. Paling bodoh sekali bila pi bagi kad merah pada defender Malaysia (Fadzli) yang boleh dikatakan tidak melakukan kesalahan pun berbanding terjahan-terjahan dan sikuan pemain Thailand. Ni mana  punya Ooopa Gangnam Style depa ambil jadi pengadil. Takkan nak cari populariti kat Thailand kot ?

Apapun ini ialah satu perjuangan yang perlu diteruskan. Hari ini kita tewas tetapi hari esok kita perlu bangkit dan berjuang. Merah mata pemain Malaysia ( Fadzli) semasa berjalan keluar dari padang. Terharu sungguh tengok semangat pemain Harimau Malaya untuk negara tetapi tak apa kerana kita akan terus berjuang dan berjuang. Ini bukan satu penamat. Perbaiki setiap kelemahan yang ada kerana pada pendapat aku la..... standard bola sepak Asia Tenggara ni lebih kurang ja. Thailand pun tak kuat mana.  Jadi Harimau Malaya berjuanglah untuk hari esok demi TANAH TUMPAH DARAH KU !

*Jangan lupa sapa-sapa jumpa Ooopa Gangnam Style tu, sepak punggung di sekali. Suruh dia balik pi main kuda !

KISAH KETAM 3

Ketam Tak Sedar Diri

Sedar tak sedar ini adalah kisah ketam yang ketiga dalam blog ni. Masih ketam yang sama, cuma ketam ni semakin meniti usia. Tak sedar "kubur dah panggil mari".

Kalau dah ketam, memang sentiasa jadi ketam. Tak akan jalan lurus tetapi selalu menyerong. Walaupun ketam ni dah terkena sekali masih tak reti nak taubat. Buat sementara waktu , ketam ni dok bermaharajalela di pantai bersama ketam-ketam betina. 

Hari dah semakin hampir, masa dah makin suntuk apabila tiba masanya ketam ni akan kena tangkap dengan penangkap ketam. Pada masa tu, ketam ni akan jadi gulai ketam ka, masak lemak cili api ketam ka, ketam bakar ka, ketam goreng ka dan masakan lain yang seumpamanya.
Ini lah nasib hang wahai ketam !
Pada masa tu wahai ketam ingatlah...... waktu engkau nak kena makan, badan kau akan dicerai-ceraikan, cabut tangan, cabut kaki. Badan engkau akan dibelah dua. Isi-isi engkau akan dikeluarkan dari kulit yang engkau sangka keras tu. Sebijik macam seksaan neraka jahanam. Tak insaf lagi ?

Tak pa.......... masa akan tiba jua. Penangkap ketam sedang memerhati. Nun di kedai sana , ramai sedang menunggu untuk menelan engkau. 

Ishhhhhh..........lalu ke nak makan ketam tak sedar diri ni. 
Rasanya tak makan ketam dah aku ni.

KEJUTAN DARIPADA MURID-MURID TAHUN 6

Suprise ! Potong kek macam sambut hari jadi...


Pada 6 November 2012, murid-murid Tahun 6 telah membuat kejutan apabila mengadakan jamuan yang serba ringkas di Makmal Matematik khas untuk guru-guru yang mengajar mereka. Sesungguhnya ini memang satu kejutan untuk kami . Tak percaya tengoklah muka kami yang terkejut tu. Apatah lagi kami tidak sedar langsung dengan perancangan mereka kerana Jamuan Kelas Tahun 6 baru saja berakhir. Mereka bersungguh-sungguh dalam menjayakan operasi mereka dan sudah tentu kami berjaya di perangkap oleh kejutan mereka.
Kek Khas untuk Kami. Terharunya tetapi control perasaan.
Perasaan aku ? Terharu ada. Sedih pun ada. Terharu atas tindakan mereka yang menghargai kami walaupun kami tidak pernah meminta dihargai. Sedih kerana mereka akan meninggalkan kami ke alam sekolah menengah. Aku telah bersama meraka sejak mereka Darjah 3 lagi. Aku melihat mereka membesar dari budak-budak kecil yang comel menjadi remaja yang semakin dewasa.

Cikgu Nora, Guru Kelas Tahun 6
 Inilah kitaran hidup seorang cikgu. Mereka datang dan satu hari mereka pergi. Aku tetap seorang cikgu menanti siapa pula yang akan datang dan kemudian meninggalkan aku suatu hari.
Ibarat anak-anak burung, masa kecil diberi makan, bila besar terbang sendiri mencari rezeki.
Selamat berjaya dan menempuh alam remaja dengan penuh tabah ! Khas untuk anak-anak murid ku !

Kelas Tahun 6 /2012- Kenangan Bersama Akan Sentiasa Dingati.

TEMPAT KETIGA CREATIVE CONTENT CHALLENGE 2012

Tempat Ketiga CCC 2012




 Sekolah Kebangsaan Long Boh sekali lagi mengukir nama apabila berjaya mendapat tempat ketiga dalam Creative Content Challenge 2012 Peringkat Negeri Perlis. Kejayaan  ini lebih manis lagi apabila pertandingan ini diadakan secara terbuka bagi sekolah menengah dan rendah seluruh negeri Perlis. Sebanyak 7 buah sekolah rendah dan 7 buah sekolah menengah telah tersenarai dalam pemilihan peringkat akhir. Pengumuman nama-nama pemenang telah diadakan di IPGM Kampus Perlis dan selaku pemenang tempat ketiga, SK Long Boh telah memenangi sebuah piala dan wang tunai sebanyak RM 200. Tahniah buat pelajar SK Long Boh !

Berikut ialah senarai nama pemenang pertandingan CCC 2012 :
1. SK Paya
2. SMKA (P) Kangar
3. SK Long Boh
Bersama-sama guru pembimbing

Video : Vandalisme - Gejala Yang Tak Sudah

Video : Sebalik Tabir- Vandalisme

ROTI PUNYA CERITA

Aku sebenarnya dah banyak dengar tentang roti gardenia dan messimo ini. Macam-macam cerita termasuk cerita isteri PM dah ambil alih syarikat gardenia. Maka semua rakyat disuruh makan Messimo kerana Gardenia milik bini PM ! Betul ke ? Kah kah kah......Kononnya Syed Bukhary pula bersama Robert Kuok sama-sama tubuh Messimo. Lagi haru punya cerita kah kah kah.


Yang pasti antara pemegang saham dalam Gardenia ialah BERNAS(Syed Al Bukhary) dan Messimo dipunyai oleh Robert Kuok walaupun yang mengurusnya ialah orang melayu. Pasal apa Messimo ditubuhkan ? Gardenia telah berhenti membeli tepung daripada FFM yang membekalkan tepung dan dimiliki oleh Robert Kuok. Sebab apa ? Antaranya kualiti tepung yang dibekalkan adalah rendah dan diragui kehalalannya kerana diimport dari China.


Baca maklumat ini daripada blogger lain :

" Namun, apa yang mendukacitakan, roberk kuok tidak menjelaskan kepada orang ramai punca sebenar gardenia menolak dia. Punca sebenar gardenia menolak tepung dia adalah disebabkan ada babi di dalam tepung yang dia import dari china. Dengar cerita benda neh dah 2,3 kali berlaku. Bukan sekali kantoi terus berhenti beli. Sebaliknya disebabkan insiden neh berulang2 kali maka akhirnya gardenia decided berhenti langgan tepung dari roberk kuok. Ini apa yang disebarkan. Sebelum neh pun pernah ada orang dalam gardenia sendiri sebarkan isu bahawa roti gardenia mengandungi dna babi. Jadi, boleh jadi dua kisah neh berkaitan. Oleh kerana gardenia neh mengkhususkan roti dia ialah roti untuk seluruh rakyat malaysia tanpa kira agama sudah tentu lah dia mementingkan halal dalam setiap product2nya. Jadi, roberk kuok kena faham. Kalau dia sendiri pun ditipu oleh pengilang dari china, dia kena salahkan pengilang tepung dari china dan dia sendiri sebab ditipu beberapa kali.


Dia tak boleh lemparkan kesalahan neh pada gardenia. Gardenia melindungi para pelanggan nya. Gardenia juga menjaga kualiti halal dalam setiap keluaran. Ia adalah salah roberk kuok sendiri yang tidak peka dan sensitif dengan keperluan umat islam. Umat islam di malaysia tidak menghalang mana2 orang bukan islam mahu memakan apa2 sahaja makanan yang mereka suka namun dalam masa yang sama umat bukan islam juga tidak boleh memaksa umat islam makan babi. Hormatilah perbezaan neh. Diharapkan dengan penjelasan neh dapatlah kiranya peminat2 roberk kuok dan bangsa cina yang terlibat dalam insiden kurang matang neh berfikir semula dengan seteliti yang mungkin. Kaji dulu punca gardenia tolak tepung dari roberk kuok, bukan terus jatuh hukumm dan nilai ia dari segi perkauman dan pandangan politik semata2."


Ini bukanlah perkauman kerana memilih yang diyakini halal adalah wajib berbanding yang diragui halal atau haram.

Adakah ada agenda tersembunyi untuk menjatuhkan ahli perniagaan Melayu ? Mungkin kerana isu ini juga dikaitkan dengan kerajaan BN.

Memang ada unsur politik apabila roti punya cerita pun dikaitkan dengan BN. Kalau dah tak suka semua benda pun salah BN. Anak tak lulus periksa pun salah BN. Bukan penyokong mana-mana pihak tapi hentikanlah berpolitik di tempat yang tak sepatutnya.

ANGKARA PENGADIL HONG KONG

Kalau dikatakan "pisang tak kan berbuah dua kali" dan "lightning never strike twice in the same place" maka selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura, kedua-dua ungkapan tersebut tak boleh pakai dah. Kalau ada yang masih ingat pengadil dari Australia pernah mendajalkan pasukan Malaysia dalam Piala Asia dan kini Ng Kai Lam pengadil dari Hong Kong telah sekali lagi mendajalkan pasukan Malaysia dengan sepakan percuma selepas penalti yang tak masuk akal.


Tengoklah muka Ng Kai Lam ( Mentaly Retarded)

Apabila kuasa di tangan mereka maka kita hanya mampu melihat dan menerima. Aku bukan orang politik tetapi tulisan daripada blog PENDITAS(Pendita Suvarnabhumi) patut dibaca oleh semua rakyat MALAYSIA.

Ucapan salam daripada Pendita untuk semua!
Malam tadi sungguh mengecewakan. Apabila pengadil dari Hong Kong, Ng Kai Lam atau nama timangan Alan memberi sepakan percuma kepada pasukan Singapura, lantas meruntuhkan tembok yang kukuh dibina oleh perwira bolasepak kita... Ya, semangat harimau luntur untuk beberapa minit terakhir.

Suatu ketika Pendita menuntut di luar negara, seorang duta memberi pengucapan awam menjawab soalan mengapa pelajar bumiputera lebih banyak diberi peluang berbanding yang bukan. Beliau dengan sinis menjawab, bahawa suatu ketika dahulu pelajar Melayu diketepikan untuk menduduki kelas tingkatan 6 oleh guru bangsa pendatang.

Ya, kuasa menyenaraikan pelajar yang layak di tangan mereka, kalau tak tahu. Pada zaman itu, untuk diterima universiti mestilah memiliki Higher School Certificate atau HSC atau STPM. Beberapa generasi Melayu telah ketinggalan di dalam segala bidang kecuali golongan bangsawan secara senyap memantapkan kedudukan keturunan mereka.

Kini tembok segala bidang orang Melayu mulai kukuh. Lihat dan percaya, siapa yang sedang merobohkannya dengan segala helah tipu muslihat. Pendita pasti anda sendiri menyaksikan apabila kuasa di tangan mereka. Lihat wajah anak Melayu yang terkedu kecewa. Wajah itulah yang kita tidak dapat lihat pada muka nenek-moyang kita suatu ketika dahulu. Oleh sebab itu nenek-moyang kita serius tentang pendidikan. Itu juga antara agenda perjuangan politik untuk membina dan menyedia apa saja prasana pembelajaran khas untuk anak bumiputera.


Peristiwa Jalan Besar...jika masih tidak percaya. Sekian.

sumber :http://penditasuvarnabhumi.blogspot.com/2012/06/peristiwa-jalan-besarjika-masih-tak.html


Ya Allah ! peliharalah Tanah Tumpah Darahku !

AJAR DAN DIDIK

Sukan MSSM di Perlis telah melabuhkan tirainya pada hari ini dan aku antara mereka yang berada di stadium sebagai penonton. Suasana pertandingan mengembalikan kenangan semasa aku membawa anak-anak didik bertanding ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan kawad. Begitu banyak susah payahnya untuk sampai ke peringkat kebangsaan, begitu banyak keringat dan tenaga untuk sentiasa mengetuk pintu kejayaan.

Untuk apa ? Hanya untuk nama atau hanya untuk sebuah piala dan selepas itu ke mana hala murid-murid dengan nama dan piala itu. Piala tidak menjamin kejayaan dalam peperiksaan. Kemegahan disanjung tidak menjanjikan keputusan cemerlang dalam UPSR. Adakah tugas aku mengajar atau mendidik ? Kedengaran seakan seperti sudah berputus asa dan mungkin keletihan. Mungkin itulah jawapan yang tepat bagi semuanya.

Tetapi pada suatu hari apabila beberapa orang gadis remaja datang menemui aku dan bertanya masih ingatkah aku kepada mereka ? Aku merenung sambil cuba mengingat. " Kami anak murid cikgu. Cikgu yang latih kami." Tiada sebarang hadiah yang dapat menggantikan ketika itu kerana perasaan bangga subur di hati apabila melihat mereka berjaya. Yang paling penting, mereka masih mengingat guru mereka yang sedang meniti usia. Malah kadang-kadang ada yang sudi menulis kata di blog ini sebagai tanda masih menghargai akan jasa guru ini.

Sudah pasti, nama dan piala tidak akan membawa mereka ke mana. Tetapi didikan dan ajaran yang diberi menjadikan mereka insan yang berguna. Nilai-nilai ini boleh dibaca dan dihafal di dalam buku tetapi tidak akan sama jika kita sendiri melaluinya. Aku rasa bertuah kerana mereka sudah berjaya dan akan terus berjaya. Masih ramai lagi yang belum bersua kerana masing-masing sedang berusaha untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Aku, guru, akan terus mengajar dan mendidik di dalam kelas atau di mana-mana sahaja kerana tugas guru bukan hanya di dalam kelas mengajar abc dan 123. Tugas guru adalah untuk melahirkan insan yang berguna kepada negara,agama dan bangsa.

Selamat Hari Guru untuk semua !

KISAH JERAWAT,KETUMBUHAN DAN KANSER

Kerosakan dalam sesebuah masyarakat atau organisasi sering terjadi disebabkan wujudnya segelintir manusia yang mempunyai sikap yang tidak elok. Jika tubuh badan kita diibaratkan seperti sesebuah masyarakat atau organisasi maka jerawat, ketumbuhan dan kanserlah yang akan merosakkan diri kita.
Jerawat ini ketara kesannya kerana mudah untuk dilihat dan selalunya jerawat ini berada di muka. Manusia yang macam jerawat juga suka melakukan perbuatan yang merosakkan secara terang-terangan atau secara terbuka. Dia takpernah ambil tahu akan perasaan orang di sekeliling kecuali dirinya. Macam jerawat, dia tak kira kat mana nak keluar, dia keluat tetapi jerawat senang nak dihapuskan atau dibuang kerana resmi manusia memang cepat bertindak kalau benda tak elok tu nampak.
Jenis ketumbuhan ni pula, dia tak ketara sangat macam jerawat tetapi kita boleh nampak perbuatannya tu. Kita tahu perbuatannya tu merosakkan tetapi taklah sampai nak hapus terus. Macam ketumbuhan pada badan dan tersembunyi di tempat-tempat tertentu. Kita tahu tapi tak berani nak buang walaupun kita tahu ketumbuhan ni tak elok. Kalau dah terpaksa baru kita buang kan !
Tetapi yang paling bahaya ialah kanser. Orang macam kanser ni kita tak sedar perbuatannya kerana dia tak pernah tunjuk. Dia buat secara diam-diam dan secara terhormat. Macam kanser, kita tak nampak dan kita tak tau pun ada kanser. Bila dapat tau, memang dah terlambat kerana kanser bila dah merebak memang boleh menyebabkan kematian. Sama juga dengan orang macam kanser ni perbuatan secara senyap akan menyebabkan kemusnahan secara diam. Lebih kurang macam api dalam sekam. Kita lihat mengapa Palestine tak pernah aman ? Yahudi lah yang menjadi kanser kepada dunia Arab. Orang macam tu memang ada di sekeliling kita dan kadang-kadang kita tak sedar kerana orang macam ni memang pandai memainkan wataknya. Macam kanser, kita selalunya tak sedar hanya apabila sudah terlambat. Renung-renungkanlah orang di sekeliling anda. Adakah mereka jerawat, ketumbuhan atau kanser ? Adakah anda juga dalam kategori jerawat, ketumbuhan atau kanser ? Kalau Ya ? Cepat-cepatlah berubah sebelum anda dikeluarkan daripada tubuh badan ini. Kalau tidak ? Tahniah ! Teruskanlah hidup anda dalam memastikan kesihatan tubuh badan terjamin.

GURU IALAH IBU BAPA

Tugas seorang guru adalah mengajar. Sesiapa pun tahu tentang itu. Murid-murid sekolah pun tahu. Hakikatnya, tugas guru lebih daripada itu. Selain mengajar, guru ialah kerani, guru ialah jurulatih, guru ialah tukang kebun, guru ialah tukang cat, guru ialah jururawat, guru ialah penyiasat, guru ialah pendamai, guru ialah polis, guru ialah hakim dan pelbagai lagi tugas yang tidak termasuk dalam bidang kerja seorang guru. Paling utama dalam banyak tugas-tugas yang disenaraikan di atas, guru ialah ibu bapa. Inilah yang terjadi pada hari perjumpaan waris murid Tahun 6 2012 di SK Long Boh.

Majlis yang berlangsung dengan lancar itu telah menyebabkan aku tidak menyedari seorang murid lelaki Tahun 6 sedang duduk keseorangan tanpa ditemani oleh ibu atau bapanya. Sebab ketidakhadiran ibu bapanya tidaklah diketahui. Apabila tiba masa untuk membuat aku janji, murid tersebut berdiri keseorangan sambil memandang di sekeliling. Apa yang dilihatnya setiap rakannya berdiri di hadapan ibu bapa masing-masing. Aku yang melihat peristiwa itu terus meminta Teacher Diana untuk mengambil tempat di hadapan murid itu. Tanpa berlengah Teacher Diana terus menuju ke sisi murid itu dan duduk di hadapannya seolah-olah seorang ibu sedang melihat anaknya membuat aku janji.

Mungkin bagi orang lain, peristiwa itu hanya perkara yang kecil dan remeh dan tidak perlu diperbesarkan tetapi sekeping gambar menceritakan segalanya. Keluhuran hati seorang guru yang sedia mengambil tempat ibu bapa walaupun hanya sebentar sudah cukup memberi impak yang besar kepada murid itu. Sudah tentu perkara seperti ini berlaku di seluruh negara kerana hanya guru yang mampu menjadi ibu bapa kepada anak-anak orang lain sepanjang tahun. Terima kasih cikgu !
 
SHAIFUL FAIRUZ Blog | TNB